Padam Gambar Di Instagram & Tinggalkan ‘Pesanan’, Lindsay Lohan Peluk Islam?

Screen Shot 2017-01-14 at 11.33.12 AM
Screen Shot 2017-01-14 at 11.33.12 AM
Siapa tidak kenal pelakon popular Hollywood Lindsay Lohan yang sebelum ini sering kali terpalit dengan kontroversi pengambilan dadah. Menurut Daily Mail online, Lindsay overdose cocaine pada umur 18 tahun lagi.
Baru-baru ini pula, pelakon ini telah meninggalkan tanda tanya apabila telah ‘membersihkan’ akaun twitter dan instagramnya. Selain itu, Lindsay juga meninggalkan pesanan ‘Alaikum salam’ di bio instagramnya. Lindsay dah peluk islam?

Kitab suci al-Quran banyak bawa perubahan pada dirinya

lindsay
Menurut Muslimcouncil, tindakan itu dibuat kerana Lindsay Lohan ‘mahu membuat perubahan’ selepas berpindah ke Dubai, UAE.
Pihak pengurusan Lohan juga memberitahu pelakon berkenaan mahu menghabiskan masanya dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan di kem-kem pelarian Turki serta mahu menubuhkan syarikatnya sendiri di Dubai. Malah, beliau sangat teruja untuk membuka lebaran baru dalam hidupnya.
Lohan juga memberitahu Dubai kini menjadi rumahnya.
“Saya telah bertemu dengan wanita yang menakjubkan di sini, Dubai, yang benar-benar kuat dan telah mengajar saya banyak perkara,”
Lohan mula berpindah ke Dubai pada Disember tahun lalu. Menceritakan pengalamannya di sana, Lohan berkata, pada awal tahun ini, beliau telah mempelajari Bahasa Arab serta menghabiskan banyak masa di kem-kem pelarian Syria.
Bercakap tentang agama Islam, Lohan dilaporkan berkata, kitab suci al-Quran banyak membawa perubahan kepada dirinya kini.
“Al-Quran membuka pintu untuk saya mengalami rohani, untuk mencari satu lagi maksud sebenar. Ini adalah siapa saya,” katanya.

Ramai doakan Lindsay Lohan menerima hidayah

Screen Shot 2017-01-14 at 11.46.37 AM
Screen Shot 2017-01-14 at 11.47.38 AM
sumber : Sinar Harian


Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon