Biasanya kebanyakan dari kita hanya makan kurma saja, terutama di bulan Ramadan ini. Ada juga yang membuat chutney dari kurma dan air minuman. Kurma banyak khasiatnya. Antaranya ia boleh jadi sumber tenaga segera, boleh membantu mengurangkan gangguan di perut, dan jantung.
Ini cara membuat air minuman berasaskan kurma di rumah. Anda boleh guna kurma yang sedia ada dan jadikannya minuman bersama keluarga.
Bahan-Bahan
4-8 biji kurma
1 cawan air
Pemanis
Buah pelaga
Cara Penyediaan
1. Bersihkan kurma dari habuk debu menggunakan berus.
2. Keluarkan biji kurma dan isinya disimpan di dalam bekas kedap udara.
3. Kemudian ambil mahu buat air, isi tersebut dibilas dengan air bersih. Toskan.
4. Didihkan 1 cawan air, tutup api dan masukkan isi kurma.
5. Biarkan ia selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
6. Setelah itu, masukkan (5) ke dalam pengisar dan kisar.
7. Asingkan pulpa dengan penapis atau jika anda suka, kekalkan ia.
8. Selepas itu boleh tambah pemanis secukup rasa dan beberapa biji buah pelaga.
9. Siap untuk dihidang.
Selain itu, anda boleh menggunakan kurma sebagai inti di dalam air buah-buahan kegemaran anda dan titiskan beberapa air lemon ke dalamnya. Ia juga sedap dihidang sejuk.
Kalau nak minum segera tapi tak sempat nak rendam semalaman, it’s OK. Anda hanya perlu basuh kurma, buang bijinya dan rendam di dalam air panas. Apabila nampak isi kurma makin mengembang dan lembut, anda boleh teruskan langkah (6).
Sumber: The Vockets
via Bin Usrah SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl
EmoticonEmoticon