Salam. Sekarang saya sedang menunggu masa untuk bersalin. Emosi sangat-sangat teruk. Semua hadap seorang-seorang. Ada keluarga macam tak ada. Ada suami, tak boleh diharap. Satu sen pun tak bagi, kerja pun tidak, bantu urus anak pun tidak. Saya hidup guna duit dropship dan menumpang hidup di rumah mak mertua.
Keluarga mertua diamkan saja bila anak mereka tidak bekerja dan makan hasil isteri. Mungkin tidak pernah diajar sejak dari kecil.
"Seronoklah korang menghambakan aku..."
Bila saya mula mengandung, saya menjadi lemah semangat. Nak tidur, kena ada teman. Tetapi bila suami tahu saya lemah semangat, suami layan saya seperti hamba, dibuli dan dibarkan saya merayu menangis pujuk dia suruh masuk tidur dalam bilik. Dia saja baring tidur di luar dan membiarkan saya seorang diri dalam bilik.
Nak balik rumah mak kandung. Ayah pula lebih suka saya tak ada dari ada.Dia bukan suka saya dan anak-anak. Ayah pula jenis yang tak boleh dengar suara budak menangis. Dia menjadi rimas dan selalu menghalau kami dari rumah dia hanya kerana anak saya selalu menangis. Bukannya menangis lama. Tangisan budak kecil berusia setahun lebih pun tak boleh dengar. Saya telankan saja.
Bila balik rumah mak mertua, suami layan begini. hari-hari saya diuji sampaikan saya rasa lebih baik saya mati sajalah. Sungguh tak larat. Fikir hutang, anak, rumah tak ada, suami tak kerja, keluarga, Allah.. kuatkanlah saya. Sungguh saya benar-benar sudah tidak larat.
Saya ingin berkongsi rezeki. InshaAllah tidak lama lagi saya akan melahirkan anak yang ketiga dan saya ingin beri anak saya kepada ibu bapa yang belum dikurniakan anak. Yang boleh bekerjasama dan bersungguh-sungguh urusan untuk menjadi keluarga angkat anak saya (urusan kerajaan) bukan main-main.
Buatlah surat hitam putih, saya sanggup. Saya tak nak hidup anak saya susah. Yang betul-betul nak, boleh tinggalkan nombor telefon. Ada rezeki, bersualah kita. Sertakan dari negeri mana.
Saya tak tahu hidup ini berapa lama lagi. Allah Maha Mengetahui. Kuatkan aku ya Allah. - Isteri Teraniaya, KRT
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl
EmoticonEmoticon