Dalam kejadian jam 4.15 petang, 4 Januari lalu, mangsa, Ramaraj Thangaraj, 43, cedera di bahagian kepala, tangan kiri, leher dan pinggang selepas diserang lelaki terbabit menggunakan alat pemotong besi.
Posted by David Marshel on Saturday, 14 January 2017
Difahamkan, pihak pengawal keselamatan terpaksa mengambil tindakan mengunci tayar kenderaan itu atas sebab-sebab tertentu.
Berang tayar kereta dikunci, lelaki terbabit mengambil pemotong besi bagi memotong selak alat pengunci tayar tersebut. Namun mangsa telah menasihatkannya agar tidak berbuat demikian.
"Saya beritahu dia jangan berbuat demikian dan panggil untuk berbincang. Tetapi dia tidak mahu mendengar, sebaliknya memukul saya menggunakan alat pemotong besi itu.
"Semasa saya merakam kelakuannya, dia datang semula ke arah saya dan cuba merampas telefon bimbit, tetapi tidak berjaya. Dia kemudian memukul saya menggunakan tangan dan kakinya, selain dilemparkan dengan kata-kata kesat," katanya.
Antara kecederaan yang dialami oleh mangsa | Foto - David Marshel |
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong semalam, jam 7.40 malam kerana bimbang keselamatan dirinya terancam. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl
EmoticonEmoticon