Video Dua Beradik Dirasuk Tular Mesej ‘Syaitan’ Menerusi WhatsApp|Dua remaja perempuan belasan tahun dirasuk selepas mereka dikatakan menerima mesej ‘Syaitan’ menerusi WhatsApp.
Remaja berusia 13 dan 16 tahun itu dibawa ke hospital selepas mereka ‘membebel tidak berhenti’ di rumah mereka di Tacna, selatan Peru pada awal pagi kelmarin.
Keluarga mereka merakam remaja itu meraung ketika paramedik tiba untuk merawat kedua-duanya.
Rakaman itu juga menunjukkan remaja terbabit yang berpakaian tidur kelihatan menggigil dan terkejang-kejang.
Doktor di Hospital Hipolito Unanue berkata, kedua-dua beradik berkenaan dalam keadaan histeria apabila tiba di hospital itu.
Ibu mereka dikatakan memberitahu seorang jiran, tingkah laku anaknya berubah menjadi pelik selepas mereka membaca mesej berantai menerusi telefon bimbit masing-masing tengah malam kelmarin.
Sumber : penhijaudaun
Sumber :
EmoticonEmoticon