Remaja Suspek Pecah Dinding, Serang Staff Dan Berak Dalam Shower Room Tampil Beri Komen
Semalam telah menjadi viral gambar dan video tiga remaja yang didakwa membuat onar di sebuah premis penginapan di Osaka, Jepun.
Salah seorang dari mereka iaitu Ramadhan Sinclair telah tampil menafikan dakwaan itu sebaik saja tiba di KLIA 2.
Ramadhan merupakan individu berbadan besar yang mengamuk dengan staff bernama Qayyun di dalam video yang viral itu.
Remaja ini telah membuat laporan polis di Balai Polis KLIA 2 tentang kejadian yang berlaku pada 16 Ogos jam 9.30 malam di Osaka, Jepun, di Hotel Vitti Lodge.
Ini komen Ramadhan:
"Telah berlaku pertengkaran di mana saya telah bergaduh dengan salah seorang staff di hotel tersebut yang merupakan seorang warganegara Malaysia, bernama Qaiyum.
"Kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati di mana staff hotel tersebut telah memperlekehkan saya dan telah mengarahkan saya seperti budak-budak.
"Selepas berlaku pertengkaran tersebut, kami telah berbaiki semula dan berdamai.
"Namun semalam lebih kurang jam 10.30 malam setibanya saya di KLIA 2, saya mendapati video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan saya di hotel tersebut telah diviralkan di dalam page Road To Jepun,
"Saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan di dalam Facebook, WhatsApp dan Instagram serta e-mel saya. Saya berasa tertekan dan takut,"
Oleh kerana teruk dikecam dia akan gunakan laporan polis untuk membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Sering dikecam kerana tahi yang terdapat di bilik mandi, Ramadhan nafi itu perbuatannya.
Ini komennya:
"Ada ujian klinikal ke? DNA test? Apesal engkorang cakap taik ni taik aku? Siapa yang sahkan?"
Ramadhan yang bekerja sebagai jurufoto itu juga menyatakan pihak hotel tidak menceritakan perkara sebenar menyebabkan dia dan dua rakannya menjadi mangsa viral.
Sementara itu hotel berkenaan telah ban kemasukkan rakyat Malaysia ke hotel berkenaan. Sebelum ini rakyat Korea dan China telah dibanned dari menginap di hotel itu kerana kelakuan buruk.
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon