Temui Peti Besi Misteri Dirumah Baru Dibeli, Siapa Sangka Isinya Buat Ramai TERPANA !!!

Temui Peti Besi Misteri Dirumah Baru Dibeli, Siapa Sangka Isinya Buat Ramai TERPANA !!!  | KITA VIRAL –  Bagi sebuah rumah yang baru di beli dari orang lain, pasti dalam rumah tersebut ada barang yang di tinggalkan oleh tuan rumah sebelumnya. Begitu juga dengan sepasang suami isteri ini yang telah membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah yang mana rumah itu sudah didiami lebih dari 50 tahun yang lalu. Itu bermaksud rumah yang di beli adalah sebuah rumah lama dari sejak dahulu lagi.

TERJUMPA KOMBINASI NOMBOR

Semasa mereka berpindah ke Phoenix, Arizona, Sarm dan suaminya Eddie menjumpai tiga kombinasi nombor yang mungkin merupakan peti keselamatan. Tapi mereka tak pasti dan tak tahu di mana letaknya peti itu jika ianya benar-benar wujud. Mereka simpan saja nombor tersebut sekiranya peti  itu mereka jumpa nanti.

Ternyata firasat mereka benar. Semasa mengubah suai dapur rumah, mereka mendapati peti tersebut di tanam di bawah bahagian dapur rumah tersebut. Melihatkan kepada tahun dan rupa peti tersebut, mereka tak rasa yang ianya milik pemilik sebelum ini. Mungkin antara salah seorang daripada lima pemilik rumah sebelum ini.

ISI DALAM PETI BESI

Kemudian mereka memasukan kombinasi nombor untuk membuka peti besi tersebut. Apa yang mengejutkan terdapat wang tunai berjumlah $50, 000, buku, kad bingo, gambar dan juga nota di dalamnya. Mereka menjumpai sekeping gambar lelaki bernama Alan di dalam buku bertajuk A Guide for the Perplexed yang diterbitkan pada tahun 1977.

Di belakang gambar tersebut ada nota yang berbunyi, “Alan, saya ada buku yang awak perlu baca. Saya dah gariskan beberapa kata kunci. Kawan awak, Vincent”

Terdapat banyak ayat-ayat yang lelaki bernama Vincent gariskan untuk Alan yang mungkin merupakan pemilik rumah itu. Namun suami isteri ini tidak faham apa yang cuba disampaikan. Kemudian ada juga sekeping gambar pokok yang berbunyi, “ Bila sebuah pokok menjadi tiga”

Dan klu yang terakhir adalah kad permainan bingo yang dibulatkan nombor 66, 3 dan 54. Mereka percaya nombor tersebut adalah kombinasi peti yang seterusnya. Jika, $50, 000 disimpan dalam peti besi ini apa agaknya yang ada dalam peti yang lain?

Mesti rasa seperti dalam filem Hollywood kan bila baca cerita begini. Tapi apa yang kita tonton di filem sebenarnya adalah apa yang mereka lakukan di dunia nyata. Terutama persediaan seperti peti ini, bilik tersembunyi dan sebagainya.

Sumber :– EraFM

The post Temui Peti Besi Misteri Dirumah Baru Dibeli, Siapa Sangka Isinya Buat Ramai TERPANA !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :


EmoticonEmoticon