Sultan Johor 'Cabar' Pasukan 'Polo KJ' Lawan Pasukan Polo Johor


Sukan polo yang dipertandingkan pada Temasya Sukan Sea 2017 kali ini menjadi bualan hangat netizen kerana beberapa perkara. 

Antaranya ialah pasukan polo Malaysia turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan penampilan putera Brunei yang tampan, Putera Abdul Mateen Bolkiah. 

Ianya bertambah 'panas' apabila Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mencabar pasukan polo Sukan Sea untuk berlawan dengan pasukannya. 

Kejayaan pasukan polo sukan SEA menang dalam perlawanan menentang Brunei dan Singapura amat dibanggakan. Namun, terbaru Sultan Johor, Sultan Ibrahim turut berkongsi pendapatnya di laman Facebook Johor Southern Tigers. 


KALAU ANAK JANTAN, LAWAN DENGAN PASUKAN JOHOR

Pasukan yang bertanding untuk sukan polo di Temasya Sukan Sea 2017 ini ibarat hanya untuk cukupkan syarat pertandingan sahaja. Ada yang datang dengan handicap rendah, jadi memanglah mudah untuk dikalahkan. Saya cabar pasukan polo Sukan Sea supaya datang ke negeri Johor dan tunjukkan taring mereka yang saya dengar handal sangat. Hari ini lawan Singapura. 

Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain dan suruh budak yang sedang 'perform' berpura-pura mengalami kecederaan. Jadi ada gambar beliau dapat masuk dalam pasukan untuk dipaparkan dalam media cetak dan melakukan propaganda menipu orang ramai seolah-olah dia yang menang dan handal.

Saya menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk datang dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat pasukan anda mengalahkan pasukan Johor. Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor. 

Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi. Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan Sea itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka.

Polo di Johor sudah bermula sejak tahun 1884, bukannya semalam baru beranak. Semasa saya menjadi Tunku Mahkota, saya sudah bermain di serata dunia termasuk Piala Dunia untuk sukan tersebut. Kalau hendak dibandingkan dengan Sukan Sea, ia bukan tandingannya. Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor.

Saya mempersilakan kepada semua rakyat Malaysia untuk turut sama hadir menyaksikan serta menikmati perlawanan antara pasukan Sukan Sea dan pasukan Johor.
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.


www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon