Selepas Pengarah JAIS Beri Kenyataan, Ini Respon Balas Hafiz Hamidun
Pihak JAIS telahpun memberi kenyataan kenapa memberi pelepasan dan kebenaran pernikahan kepada pasangan Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa.
Baca kenyataan penuh dari JAIS (BACA SINI)
Hafiz Hamidun menerusi laman media sosialnya telah memebri respon balas tentang kenyataan dari pihak JAIS ini.
Kata Hafiz Hamidun, kenyataan dari pengarah JAIS itu amatlah adil dan tepat.
Namun Hafiz ada memberi 8 poin tentang isu ini dan mengatakan akan menunggu keputusan mahkamah pada 14 September nanti.
Ini respon balas Hafiz Hamidun:
1) Kenyataan yang sangat adil dan tepat untuk kes ini.
2) Pihak Joy telah memfailkan terlebih dahulu permohonan untuk membubarkan pernikahan di Mahkamah Syariah Shah Alam.
3) Tarikh kes 14 Sept
4) JAIS beri kelulusan saya dan Joy bernikah pada 1 Mei.
5) Kegagalan pihak Joy serahkan surat cerai menyebabkan saya perlu asingkan diri.
6) Isu ini sebenarnya telah setuju dua-dua pihak untuk diselesaikan secara dalaman & senyap saja. Tapi pihak Joy telah membuat sidang media
7) Saya mengambil keputusan mengasingkan diri dan tak tinggal sebumbung selagi masalah ini belum selesai. Semua demi mengikut syariat Islam.
8) Saya tak mahu persoalkan kenapa. Tapi itulah yang jadi, Joy yang failkan pembubaran pernikahan. Ok kita tunggu keputusan Mahkamah ye. TQ.
Hafiz Hamidun menulis 8 point ini di media sosial selepas Berita Harian menyiarkan kenyataan dari pengarah JAIS tentang isu rumah tangga Hafiz hamidun dan Joy Revfa.
Jadi sama-sama kita tunggu keputusan mahkamah tentang permohonan faraq tersebut pada bulan September nanti.
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon