Shuib Sepahtu Akhirnya Akur Terpaksa Tegur Isterinya Siti Sarah
Jika dilihat di laman media sosial, Siti Sarah sering merakam aksi romantik spontan bersma suaminya Shuib Sepahtu.
Oleh kerana terlalu kerap, ada follower yang mula 'rimas' dan memberi komen negatif tentang perkara tersebut.
Akhirnya, Shuib terpaksa menasihatkan kelakuan Siti Sarah itu supaya tidak keterlaluan menunjukkan kemesraan mereka di laman media sosial.
Namun begitu, Shuib mengatakan kemesraan dirinya dan Sarah bukan dibuat-buat dan dia kadang-kadang tidak perasan dirakam oleh Siti Sarah.
Ini komennya:
"Saya tahu ada pihak kurang senang dengan kemesraan kami. Saya ada menegur Sarah untuk tidak memuat naik video atau gambar yang keterlaluan di media sosial.
"Sebenarnya, saya tidak tahu koleksi video yang tersimpan dalam telefon bimbit Sarah. Ini kerana apa yang dimuat naik sebelum ini pun saya tidak sedar dia merakamkan momen spontan itu,"
"Ini adalah sikap kami sejak dulu lagi, ...keluarga serta rakan-rakan sudah lali.
"Mungkin dengan adanya media sosial, ia menjadi lebih meluas lagi,"
Apapun semoga Shuib dan Siti Sarah sentiasa berbahagia selalu bersama keluarga dan juga anak-anak.
Sumber: Berita Harian
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon