"Apa Yang Ibu Buat Betul.." - Elfira Loy Menangis Di Melodi
Kisah terputusnya hubungan pertunangan antara dua selebriti iaitu Elfira Loy dan Sufian Suhaimi masih lagi jadi bualan ramai.
Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku dalam hubungan mereka berdua ini.
Elfira Loy kini telahpun pulang ke Malaysia. Baru-baru ni, Elfira ada membuat penjelasan tersebut menerusi temubual dalam program hiburan Melodi yang disiarkan Ahad lalu (25 Februari).
Menerusi tembual itu Elfira dilihat telah mengalirkan air mata kerana berasa sedih di atas apa yang berlaku.
Ini videonya:
Dalam pada itu, pelakon ini telah menyangkal dakwaan orang ramai yang mengatakan ibunya, Filzah Yusoff menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan antara dirinya dengan penyanyi Sufian Suhaimi.
Elfira Loy percaya naluri seorang ibu sentiasa tepat dan mahu yang terbaik untuk anak-anak.
Ini komennya:
"Ada orang buat spekulasi kata ibu keluar kenyataan supaya selepas ini saya bertemu dengan lelaki yang lebih baik. Sebenarnya, ia bukan bermaksud yang dulu tak baik.
"Setiap masa ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan saya percaya naluri seorang ibu itu tepat kerana mereka sudah ada pengalaman hidup.
"Apa yang ibu buat ini adalah benda betul sebab saya masih belum cukup matang untuk melalui perhubungan ini,"
Sebelum ini, ada pihak yang mendakwa ibu Elfira menjadi punca dia putus tunang dengan Sufian Suhaimi.
Berbicara tentang punca perpisahan ini, Elfira memberitahu, ianya hanya diketahui dalam kalangan ahli keluarga sahaja.
Malah, dakwaan netizen bahawa Sufian tidak mampu menyediakan wang hantaran hanyalah spekulasi untuk memanaskan keadaan.
Ini komen Elfira Loy sekali lagi:
"Apa yang berlaku hanya keluarga tahu, orang lain tak tahu walaupun saudara-mara atau kawan. Saya tengok banyak spekulasi yang timbul sebab mereka nak jadi orang pertama bercerita.
"Iyalah, benda tengah panas memang ramai yang nak bercerita tentang perpisahan ini dan sebab itulah saya tak baca komen-komen di laman sosial. Kalau ternampak saya akan padam,"
Pada 17 Februari lalu, pihak Elfira mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada Ahad lalu.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 yang lalu. -BeritaMemey
Sumber: Melodi / mStar
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon