Rating Tinggi Bukti Saya Berbakat.. Artis Jual Kosmetik, Saya Tak Komen Pun - Aliff Syukri
Nampaknya kisah melanda Datuk Aliff Syukri yang dikritik beberapa artis senior masih lagi panas dan menjadi topik bualan ramai.
Antara yang memberi pendapat tentang Aliff Syukri ialah pelakon lama seperti Amyza Aznan dan juga Arash Mohd.
Amyza Aznan ada mengatakan supaya Aliff Syukri jangan mengganggu periuk nasi mereka sebagai dalam industri hiburan.
Melihat luahan Amyza Aznan ini, PA kepada Aliff Syukri bernama Melati ada memberi respon dengan mengatakan Amyza sebagai artis sendu.
Kali ini giliran jutawan kosmetik itu membidas kenyataan pelakon Amyza Aznan yang mendakwa dia mengganggu periuk nasi pelakon profesional hanya kerana dia menjadi hero filem Badang.
Pemilik syarikat D'herbs ini berkata, dia langsung tidak kisah apabila artis menjadi usahawan kosmetik.
Aliff membalas apabila ada golongan artis menjadi usahawan kosmetik, dia tidak pula rasa tercabar dan memberi sebarang komen negatif, malah Aliff Syukri bekerjasama dengan mereka.
Ini komen Aliff Syukri:
"Saya tidak pernah pula mengeluarkan kenyataan apabila ada artis menceburi bidang kosmetik. Saya seorang yang profesional dan boleh bekerjasama dengan ramai selebriti antaranya Rozita Che Wan, Wak Doyok dan Fasha Sandha dalam bidang yang sama.
"Tidak pernah pula saya merasakan mereka mengganggu periuk nasi saya! Saya percaya rezeki Allah itu luas,"
Usahawan itu diminta mengulas kenyataan Amyza dalam satu ruangan komen di Facebook pengarah Shahrulezad Mohameddin agar Aliff Syukri tidak menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaan kosmetiknya.
Amyza berkata, usahawan berkenaan tidak layak bergelar pelakon atau penyanyi kerana tidak mempunyai bakat seni tersebut.
Dalam pada itu Aliff mengambil contoh, seseorang artis boleh membuat tuduhan dia mengganggu periuk nasi mereka seandainya dia membayar pihak produksi agar menggugurkan nama mereka untuk memberi laluan kepadanya berlakon.
Malah tambah Aliff lagi, ada lakonannya yang mendapat rating yang tinggi membuktikan sememangnya dia boleh berlakon.
Ini penjelasan Aliff Syukri:
"Hakikatnya tidak begitu, mereka (pihak produksi) datang menawarkan saya watak utama biarpun saya sudah menjelaskan saya tidak mahir berlakon tambahan lagi untuk membawa watak seorang hero.
"Namun begitu lakonan saya dalam satu episod drama Misteri Jenazah ia mendapat 'rating' tertinggi dalam keseluruhan drama tersebut. Ini membuktikan saya mempunyai bakat
Datuk Aliff Syukri telah menjadi hero dalam filem Badang yang sedang ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia.
Filem Badang merupakan arahan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor dan Fareez Fauzi.
Namun, filem ini mendapat review yang agak negatif dari orang ramai. (BeritaMemey)
Sumber: mStar
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon