"Tak Faham Apa Maksud Zul Ariffin" - Zainol Macwilson
Melalui laporan dari Harian Metro, bapa pelakon Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson telah tampil memberi kenyataan yang meibatkan anaknya dengan pelakon Zul Ariffin.
Nama Zainol Macwilson turut terbabit apabila dikatakan menajdi penghalang hubungan Zahirah dengan Zul Ariffin.
Zainol Macwilson telah membidas kenyataan aktor Zul Ariffin sebelum ini yang menyifatkan dirinya perlu lebih ‘gentleman’ dan matang.
Kata Zainol, dia tidak faham apa maksud yang ingin disampaikan Zul Ariffin tentang dirinya.
Ini komen Zainol:
"Usia saya kini sudah menjangkau 60 tahun. Saya sudah berkahwin dua kali dan ada empat anak yang sudah besar.
"Terus terang saya tak faham dengan maksud Zul yang mengatakan saya harus lebih matang sedangkan saya lebih lama hidup dan faham dengan asam garam kehidupan"
Menurut Zainol, dia tidak pernah menghalang anaknya berkawan dengan Zul namun dia harus faham maksud sebenar berkawan itu.
Ini komennya lagi;
"Saya difahamkan mereka masih lagi berkawan. Saya tiada masalah sekiranya Zul mahu terus berkawan dengan Zahirah.
"Saya juga tidak pernah kata tak suka padanya. Cuma saya mahu dia faham definisi berkawan yang dikatakannya selama ini"
Zainol berkata, seboleh-boleh tidak mahu Zahirah menjalin cinta kerana usianya masih muda dan mempunyai potensi besar sebagai pelakon.
"Saya selalu nasihat kepadanya supaya tidak mudah tergoda atau terjebak dengan percintaan sesama artis.
"Saya tak nak dia hanyut kerana cinta. Saya mahu dia fokus terhadap karier kerana masih muda dan mempunyai potensi besar sebagai pelakon.
"Lagipun perjalanannya masih jauh. Dia tidak perlu bimbang, saya pasti ramai lelaki akan terpikat dengannya apabila tiba masa nanti. Saya tak nak dia dipergunakan oleh mana-mana lelaki buat masa ini"
Melalui laporan dari Harian Metro. Zul Ariffin dalam satu kenyataan sebelum ini keliru dengan tindakan bapa kekasihnya, Zahirah mengeluarkan kenyataan sinis di media sosial sehingga mencetuskan spekulasi seolah-olah hubungan mereka tidak baik dan direstui.
Zul dalam kenyataan berharap, Zainol bersikap matang dan berterus terang sekiranya tidak merestui hubungan cinta mereka berdua daripada menggunakan media sosial sebagai medium.
Sumber: Harian Metro
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon