Johan Dan Zizan Temui “Jodoh” Semula ? Perghhh… | Saya Luv Islam – Wartawan terkini mendedahkan yang Johan dan Zizan dikatakan temui “jodoh” semula ? Baca selanjutnya. Memang perghh. Terbaik.
TEMUI JODOH SEBAGAI JOZAN
PELAWAK Johan mengesahkan dia bakal kembali bergabung dengan Zizan Razak sebagai ‘Jozan’ menerusi dua program televisyen tidak lama lagi.
Johan, 34, berkata, dia teruja dapat kembali menjalinkan kerjasama dengan rakan baiknya itu selepas beberapa tahun tidak muncul bersama di televisyen.
“Insya-Allah ada dua program yang bakal memperlihatkan kami sebagai hos bersama tetapi buat masa ini belum boleh beritahu program apa.
“Memang teruja sebab dah lama tak bergandingan menerusi program televisyen dan peluang diberikan ini adalah rezeki untuk kami.
PEMINAT TAK SABAR TUNGGU
“Sudah tentu saya menantikan gabungan ini dan berharap ia dapat mengubat kerinduan peminat yang sering bertanya bila kami akan kembali mengacara bersama,” katanya.
Johan bersama isteri, Ozlynn yang kini sedang sarat mengandung.
Johan ditemui pada majlis memperkenalkan 18 peserta program Ceria Megastar yang diadakan pada Selasa.
Penyampai radio itu juga bakal bertindak sebagai juri tetap program tersebut bersama Datuk Aznil Nawawi.
Ceria Megastar bakal bersiaran bermula 2 Mac depan, setiap haro Jumaat, 9 malam di Astro Ceria (611), Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Johan bagaimanapun memberi bayangan program yang bakal menampilkan mereka bakal berkonsepkan bual bicara dan sebuah pertandingan realiti.
Dalam perkembangan lain, Johan berkata, selain program bersama Zizan, dia kini sedang sibuk merangka beberapa program yang diterbitkan untuk siaran Aidilfitri.
“Alhamdulillah ada beberapa projek besar yang sedang saya rangka buat masa ini dan paling terdekat program bersempena Aidilfitri.
“Ini semua rezeki untuk anak saya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi,” ujarnya.
Sumber: Saya Luv Islam via Mstar
RASANYA ANDA NAK BACA YANG NI PULA…
NABILA HUDA TERTANYA APA MAKSUD “MAKCIK” BAWANG”. PELAKON Nabila Huda memberitahu sehingga kini dia masih tidak tahu maksud gelaran ‘Makcik Bawang’ yang kerap digunakan netizen di laman sosial.
Menerusi status yang dimuat naik Nabila di Twitter, dia mempersoalkan adakah gelaran tersebut ada kena mengena dengan bawang atau sebaliknya.
“Makcik bawang tu apa sebenarnya? Saya dah lama dengar tapi tak faham apa tu makcik bawang.
“Makcik tu jual bawang? Makcik tu bau bawang? Makcik tu ada kena mengena dengan bawang? Tak faham.
“Makcik bawang ni maksudnya makcik suka bergossip la. Habis tu kalau yang muda tapi mulut macam makcik pun dikategorikan sebagai makcik bawang juga lah kan,” Tulis Nabila.
PENJELASAN NETIZEN
Rata-rata pengikutnya turut terhibur dengan status tersebut dan ada juga yang memberi penjelasan mengenai gelaran itu.
Kata mereka, gelaran tersebut dicipta apabila sekumpulan wanita yang berusia suka bercerita tentang perihal orang lain ketika sedang memotong bawang di kenduri.
“Waktu kenduri kan ada rewang maksudnya sekelompak makcik-makcik duduk mengupas, memotong bawang and selainnya sambil bergosip. Itu yang digelar ‘Makcik bawang’.
“Kuat mengumpat ataupun suka mengata orang – Diilhamkan dari kegiatan makcik-makcik merewang potong bawang sambil mengumpat.
Netizen anggap kemunculan Nabila ketika persembahan Altimet sebagai ‘makcik bawang’.
“Makcik-makcik yang tengah potong bawang semasa rewang sambil mengumpat,” komen beberapa pengikutnya.
Malah, ada juga yang mengatakan Nabila tidak akan menjadi salah seorang daripada golongan tersebut namun kisahnya sentiasa menjadi topik utama.
“Jangan risau, awak tak akan tergolong dalam makcik bawang. Tapi kisah awak akan sentiasa jadi topik utama makcik bawang,” kata pemilik akaun bernama Hazzar Razzak.
Pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu yang ke 32 baru-baru ini, netizen menganggap kemunculan Nabila Ketika persembahan lagu Amboi nyanyian Altimet itu sebagai makcik bawang.
Sumber: Mstar
The post Johan Dan Zizan Temui “Jodoh” Semula ? Perghhh… appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber :
EmoticonEmoticon