Kejadian ANEH Berlaku Semasa Kebumi Jenazah Wanita KAYA. Puncanya Amat MENGEJUTKAN | Saya Luv Islam – Setiap yang bernyawa pasti akan mengalami mati dan akhirnya akan dimasukkan ke liang lahad sebagai tempat istirehat sementara setelah wafat. Sebanyak manapun harta dan kekayaan yang dimiliki tetap akan ditinggalkan, rumah yang mewah di dunia diganti dengan liang lahad yang sempit dan gelap setelah kita meninggal dunia. Kisah ini boleh dijadikan teladan bagi kita yang masih bernyawa. Mari kita sama-sama hayati kisah di bawah.
MATI ITU RAHSIA ALLAH
Setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati. Namun, dimana dan bagaimana malaikat maut akan menjemput kita masih menjadi rahsia Allah. Semua yang kita miliki di dunia, termasuk lah keluarga, sahabat, jawatan serta harta dan kekayaan yang telah kita kumpulkan pun akan kita tinggalkan.
Pakaian yang mahal akan digantikan dengan kain kafan yang sederhana, dan rumah yang mewah akan digantikan dengan liang lahad yang gelap dan sempit. Ketika kita dimasukkan ke dalam liang lahad, tiada apa yang boleh dibawa atau menemani kita, melainkan hanya amal ibadah yang dapat menyelamatkan kita. InsyaAllah
JENAZAH JADI BERAT
Sebuah kisah datang dari salah satu negeri di Malaysia, yang tular dahulu. Suatu ketika, seteah jenazah seorang wanita selamat dikafankan, mereka ingin mengusung jenazah yang telah dimasukkan ke dalam keranda ke tanah perkuburan.
Namun, suatu kejadian aneh berlaku, apabila, walaupun keranda tersebut sudah diangkat oleh enam orang tetapi keranda itu terasa berat. Oleh karena itu, dua orang lagi penduduk datang membantu mengusung jenazah tersebut menuju tanah perkuburan kampung tersebut.
Setelah sampai di tanah perkuburan, hujan turun sehingga membuatkan tanah di tanah perkuburan itu menjadi licin dan saudara dan jiran yang dating mengunjung tergelincir. Semasa di tanah perkuburan tersebut, sanak saudara dan keluarga menangis semasa mengiringi pemergian jenazah itu.
Seorang tukang gali kubur yang sudah berpengalaman selama 20 tahun dalam pekerjaan ini mesti lah tidak diragukan lagi hasil kerjanya. Beliau sudah biasa untuk mengagak ukuran jenazah dengan betul.
Semua orang yang mengiringi jenazah tersebut ke tanah perkuburan mengucapkan takbir berulang kali setelah terjadinya suatu kejadian yang sangat aneh.
LIANG LAHAD JADI SEMPIT
Semasa proses pengebumian, para pengedali cuba untuk memasukkan jenazah wanita itu, namun setelah tiga kali mencuba untuk dimasukkan ke dalam liang lahad tetapi masih tidak muat juga.
Padahal, tukang gali kubur itu sudah memastikan bahawa liang yang digali nya sudah memiliki ukuran yang betul malahan sudah dilebarkan sebanyak dua kali dari liang yang biasa.
Setelah mengalami kegagalan beberapa kali untuk memasukkan jenazah ke dalam liang lahad, seorang ustaz meminta salah seorang ahli keluarganya untuk mengumandangkan azan pada jenazah wanita tersebut. Selepas selesai azan, barulah jenazah berjaya dimasukkan ke liang lahad.
Berdasarkan cerita saudara terdekat dan ahli keluarga jenazah tersebut, selama hayatnya dahulu, wanita tersebut selalu memfitnah dan mengumpat seseorang meskipun tanpa ada bukti. Selain itu, pakaian nya juga tidak menutup aurat, bahkan pakaiannya sangat ketat sehingga semua lekuk tubuhnya dapat dilihat.
Salah seorang ahli keluarganya pernah menegur wanita itu mengenai cara pakaiannya, tapi apa yang mereka dapat setelah berkata demikian adalah cacian dan dilempar kasut nya kerana dia adalah orang kaya.
PENGAJARAN BAGI MEREKA YANG MASIH HIDUP
Dari kisah jenazah sukar dikebumikan di atas, maka kita memnyedari bahawa Allah boleh memberikan azab-Nya bila-bila masa sahaja, termasuk saat pengebumian ini. Kejadian aneh ini merupakan balasan dari perbuatannya semasa masih hidup dahulu.
Sebagai seorang muslim, kita diperintahkan untuk menutup semua aurat daripada dilihat oleh bukan mahram. Selain itu, kita dilarang untuk memfitnah, malahan dikatakan bahawa fitnah itu lebih kejam daripada membunuh saudara sendiri. Hal ini disebabkan oleh, fitnah yang kita lakukan ke atas seseorang akan bertahan sehingga ke anak cucu orang yang terkena fitnah tersebut selagi mana orang mempercayai kata-kata fitnah yang kita sebarkan itu.
Oleh itu, kita harus berhati-hati terhadap fitnah agar tidak terjerumus dalam dosa besar ini.
Sumber: Saya Luv Islam via Kumpulan Misteri
The post Kejadian ANEH Berlaku Semasa Kebumi Jenazah Wanita KAYA. Puncanya Amat MENGEJUTKAN appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber :
EmoticonEmoticon