Dek Baju Bunga-Bunga, Anak Che Ta Jadi Bahan Lawak


BARU-BARU ini, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah bercuti ke Santorini yang terletak di Greece.
Percutian Che Ta itu turut disertai oleh suaminya, Zain Saidin, termasuk anak mereka, Ammar Effendy, Aniq Ezra dan Aaisyah Dhia Rana.
Sudah menjadi kemestian bagi Che Ta untuk berkongsi gambar dan video percutian mereka bersama peminat di laman Instagram miliknya.
Jika sebelum ini anak sulong Che Ta, Amar mendapat perhatian netizen kerana memakai pakaian yang agak terdedah, kali ini dia menjadi perhatian kerana memakai sepersalinan baju yang bercorak ‘bunga-bunga’.

Selepas beberapa ketika gambar  memakai baju tersebut dimuat naik, rata-rata pengguna media sosial mula menjadikan pakaian tersebut sebagai bahan lawak.
Semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter memuat naik gambarnya memakai baju kurung yang bercorak hampir menyamai baju Ammar, tetapi mendakwa telah membelinya tahun lepas.
Tak dapat dinafikan, sekali pandang memang nampak sama!
Kemudian, bermulalah sesi membandingkan pakaian Ammar dengan segala objek yang mempunyai corak seakan-akan bajunya.
Masing-masing tak nak kalah… Ada yang menyamakan dengan alas meja, ada juga yang membandingkan dengan casing handphone miliknya yang telah dibeli dua tahun lalu.

-MYNEWSHUB.CC



SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon