Digelar Ahli Sihir Gara-Gara Menghidap Penyakit Pelik

screen-shot-2016-10-04-at-11-44-16-am

Oleh Feyra Nasrom Sumber mirror.co.uk

Dua beradik dari Maharashta, India menderita penyakit kulit misteri yang membuatkan mereka kelihatan seperti kulit ular bersisik sehingga menakutkan penduduk tempatan perkampungan di Pune. Dua beradik ini turut dihina dan diejek hantu dan ahli sihir disebabkan keadaan kulit mereka yang pelik. Disebabkan itu, mereka tidak lagi menghadirkan diri ke sekolah dan memilih untuk tinggal di rumah sahaja.

Sayali Kapese dan adik lelaki, Siddhant Kapese dihina setiap hari oleh orang sekeliling sehingga mereka rasa terhina dan mengelak untuk berjumpa orang ramai. Selain itu, penyakit misteri ini juga membuatkan tulang mereka rapuh dan penglihatan jadi kabur.

Ibu bapa kedua kanak-kanak ini kesal terhadap tanggapan negatif masyarakat sehingga dua beradik ini terpaksa menanggung derita emosi hampir setiap hari.

screen-shot-2016-10-04-at-11-44-49-am

SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon