Elakkan Dari Minum Minuman Ini Ketika Cuaca Panas

minum-air-hangat

Oleh Feyra Nasrom Sumber metrotvnews

Bila tiba musim panas, tekak akan terasa kering. Hanya air yang membantu kita daripada dehidrasi. Tambahan kalau cuaca panas terik, boleh dikatakan semua jenis minuman nampak sedap kan. Tapi korang kena tahu, tak semua jenis minuman boleh diminum ketika musim panas. Minuman yang tidak sesuai akan menyebabkan kesihatan korang terjejas. Berikut merupakan 3 jenis minuman yang tidak sesuai diminum ketika musim panas:

Soda

Air soda tidak sesuai diminum ketika cuaca panas kerana lebih meningkatkan badan korang dehidrasi dan menyebabkan penyakit ginjal.

Kopi

Bagi sesiapa yang tidak pernah atau tidak biasa dengan minuman ini, jangan mengambilnya ketika musim panas kerana boleh memberi kesan negatif terhadap korang.

Minuman Manis

Minuman manis tidak menghilangkan langsung rasa haus malah membuatkan korang lebih haus. Air kosong, mineral adalah air yang paling bagus untuk korang minum ketika musim panas.

SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon