INFO MENAFAAT : SESEORANG YANG MENINGGAL DI HARI JUMAAT AKAN DI BEBASKAN DARI SIKSA KUBUR. INI PENJELASANYA.


soalan:

Saya pernah mendengar bahawa orang yang meninggal dunia di hari Jumaat akan dibebaskan dari siksa kubur. Apakah perkara itu benar? Kalau memang benar, batas waktu yang dianggap hari Jumaat itu mulai jam berapa hingga jam berapa? Mohon penjelasannya. Terima kasih.


Jawapan:


Keterangan seperti ini memang ada di dalam beberapa riwayat yang sahih dari Rasulullah SAW. Salah satunya adaah hadits berikut ini:


عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من مسلم يموت يوم الجمعة أو ليلة الجمعة إلا وقاه الله فتنة القبر. رواه الترمذي 1074.Dari Abdullah bin Amru ra. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, Tidaklah seorang muslim meninggal di hari Jumat, kecuali Allah lindungi dari fitnah kubur.


Syeikh Nashiruddin Al-Albani termasuk di antara ulama yang mensahihkan hadis ini, sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Ahkamul-Janaiz halaman 49-50.


Matan hadits ini tidak menyebutkan seseorang yang mati di hari Jumaat akan dibebaskan dari azab kubur, melainkan Allah SWT lindungi dari azab kubur. Boleh jadi seharusnya dia disiksa di alam kuburnya, dan seksaan itu memang ada. Hanya kemudian Allah SWT melindunginya daripada tersentuh seksaan itu.Namun tentunya ini khusus buat orang Islam yang soleh dan taat sahaja. Di mana mungkin saja di balik keshalihan dan ketaatannya, masih tersisa sedikit dari dosa-dosa kecil yang tak luput dari tiap orang.


Hadits ini tidak termasuk orang non muslim / non muslim, atau yang berIslam hanya KTP-nya saja. Demikian juga dengan pelaku dosa-dosa besar seperti berzina, penjudi, peminum arak, maling / koruptor, penghina agama Allah, pelaku bid'ah atau orang yang percaya bahawa semua agama sama, jelas pasti akan disiksa di alam kuburnya lalu di dalam neraka.


Selain itu, hadis ini juga tidak boleh difahami secara terbalik. Misalnya, kita membuat kesimpulan secara keliru bahawa orang yang tidak mati di hari Jumat pasti akan disiksa. Ini adalah kaedah pembalikan logik yang tidak tepat. Sebab banyak sekali orang shalih bahkan para nabi yang meninggalnya bukan hari Jumaat.


Hadis ini menerangkan fadhilah hari Jumaat, bukan menetapkan bahawa yang meninggal bukan hari Jumaat akan disiksa.


Batas Hari JumaatDalam sistem kalendar Islam, kemasukan tarikh baru itu bermula sejak terbenam matahari dan berakhir 24 jam kemudian, dengan terbenamnya matahari keesokan harinya.Dengan cara demikian, kita menetapkan tarikh 1 Ramadhan, tarikh 1 Syawal dan semua hari dalam agama.


Sumber : penbiruoffcail


EmoticonEmoticon