Lelaki Dedah Salah Seorang Peserta Super Spontan 'Rampas' Kekasihnya
Seorang lelaki telah membuat pendedahan mengejutkan apabila menyatakan salah seorang peserta Super Spontan telah menrampas kekasihnya.
Malahan sepatutnya kekasihnya itu sepatutnya bertunang dengannya pada minggu hadapan.
Ini luahan dari lelaki terbabit:
Cik manis nama diberi. Yes, dia dah pegang title EX. Si manis (bukan nama sebenar) , telah disailang oleh member aku sendiri si zakir (bukan nama sebenar jugak). Siapa kata macam drama petang petang kat tv3 tu tak wujud in real life? Hahaha aku dah rasa benda tu weh. Yela zaman sekarang zaman sailang ape je yang kau nampak baik kat depan mata. If korang nak tahu, kesetiaan wanita diuji saat lelaki tak punya apa apa tapi kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki SEGALANYA. Bila kau mempunyai segalanya dan dia mencintaimu, itu KENYATAAN. Namun bila kau tak mempunyai segalanya dan dia masih mencintaimu, itu KETULUSAN.
Ex aku ni sebenarnya emm entah lah. Tatahu nak cakap macam mana. Tapi tapi, si zakir ni punca segalanya. Yela, mana taknya, dia tabur segala mulut manis dia tabur duit dia. Cakap nak beli kan si manis rumah lah kereta lah itu lah ini lah. Lepas tu pergi jumpa family dia tabur lagi ayat manis. Padahal kau tahu masa tu aku dengan si manis ni. Member jenis apa kau ni weh? Kau ni memang jenis lupa daratan ke macam mana? Hahaha tapi senang cerita, if tak melayan takkan jadi pon benda ni semua. Baik lelaki baik perempuan. The best part is dieorang nak tunang dah 8/10 ni (info manis sendiri) and date tu sepatutnya aku yang tunang dengan dia. Kau rasa ape yang aku rasa tak? Tapi takpela. Maybe selama ni aku just jaga tunang orang je. Hahahaha zakir ni pernah sampai ugut aku, “aku jumpa kau kat luar kau siap!”. That time aku dah okayh dengan si manis. But dia still berdegil jugak. Dia memperbodohkan diri dia sebab seorang perempuan and dalam masa yg sama aku pon jadi bodoh sebab perempuan sorang ni. Hahaha kelakar kan.
Aku tak sangka ada jugak member jenis macam ni. It’s okayh lah. “Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas diri kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangi dirimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya”. Pedih tu memang pedih. Aku redha dengan semuanya. Pada awalnya aku memang tak boleh terima hakikat. Nak nak pulak member sendiri yang buat aku macam ni…
But slowly, aku boleh lupa kan semua kenangan aku dengan si manis. Coretan ni aku tulis sebab tadi petang dok clear kan gallery dalam phone then jumpa pulak gambar lama. So terimbas pulak kenangan manis dan pahit. Buat zakir, terima kasih sebab jadi member yang paling musibat yang pernah aku kenal. Nak diikutkan panjang lagi cerita aku ni. Tapi takpela, aku highlight kan certain part yang korang ingat just ada dalam drama petang petang tu je.
Hehehe So far alhamdulillah, I'm getting better. Lesson learned! And for manis, thanks for the memories ya! And and thanks to my family yang always support aku even that time dah beli cincin tunang. Hahaha tak lupa jugak kawan kawan aku yang bagi semangat untuk aku. You guys rock
Ini gambarnya:
Setelah di amati, kisah ini adalah Zukiee yang merupakan pembuat video lawak (viners) dan dia juga peserta Super Spontan.
Zukie juga ada memuatnaik gambar wanita yang sama dengan lelaki ini muatnaik.
Kita tunggu jawapan baklas dari Zukiee nanti.
Sumber : Beritamemey
EmoticonEmoticon