Dah Terpotong Hilang Pulak Tu..


Dah Terpotong Hilang Pulak Tu|Lagi kes kecuian ketika proses berkhatan dan kali ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.
Lebih malang lagi apabila kemaluan kanak-kanak tersebut ‘hilang’ selepas gagal dalam prosedur penyambungan semula.
Mstar melaporkan peguam, P Uthayakumar berkata, kepala kemaluan kanak-kanak itu terputus ketika prosedur berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 15 Disember lalu.
Jelasnya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menyambung kembali kepala kemaluannya namun gagal selepas kemaluan kanak-kanak tersebut menjadi hitam.
Susulan itu, doktor tidak mempunyai pilihan dan terpaksa memotongnya.
Uthayakumar berkata, mangsa adalah daripada keluarga yang susah dan sangat muda untuk mengetahui kejadian yang menimpa dirinya.
Sebelum ini pada 20 Disember lalu, satu kes membabitkan kecuaian ketika proses berkhatan berlaku di sebuah klinik Taman Utama Cheras, namun kemaluan kanak-kanak itu berjaya disambung semula dalam satu pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.
Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dikatakan menggunakan kaedah laser yang dipercayai dilakukan oleh seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40 an pada 8.20 malam.
Kes tersebut masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.


Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon