Lelaki Diburu Polis Tetak 5 Sekeluarga Seorang Putus Kepala!

Lelaki Diburu Polis Tetak 5 Sekeluarga Seorang Putus Kepala|Seorang lelaki diburu polis disyaki terlibat dalam satu pergaduhan yang mengakibatkan seorang lelaki maut dengan luka dileher hampir putus dan empat lagi yang dipercayai isteri dan anak mangsa cedera akibat ditetak.
Dalam kejadian yang berlaku 16:05 semalam gerakan Ipd Kudat telah Menerima panggilan telefon daripada orang awam penama Encik Jefrin Majangpan memaklumkan,ada satu pergaduhan berlaku didalam rumah bertempat di sebuah rumah di Kampung Narandang, Kudat.
Siasatan awal mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia ditempat kejadian dengan kecederaan di bahagian leher hampir putus akibat terkena hayunan benda tajam disyaki parang.
1. Simati Jotin Bin Yojumpin 42 Luka di leher hampir putus kerana terkena hayunan benda tajam disyaki Parang.
2. Mangsa ( No. 2 Saulin Binti Moridik,30 ) Cedera di kedua-dua tangan, bahagian kepala dan leher akibat terkena benda tajam disyaki parang.
3. Mangsa ( No.3 Suziana Binti Jotin,17 ) Cedera di bahagian belakang leher akibat terkena benda tajam disyaki parang.
4. Mangsa (No. 4Erna Salviani Binti Jotin , 11) cedera do bahagian leher akibat terkena benda tajam disyaki parang.
5. Mangsa (No.5 Natalia Binti Jorin, 5 ) cedera di bahagian dahi akibat terkena benda tajam disyaki parang.
Pegawai Penyiasat Insp. Saizul Farhan Bin Mahali telah memburu seorang suspek lelaki yang berusia 20 tahun bernama Habil Bin Julang berbangsa Suluk yang dikenali dengan panggilan nama Si Totoh.


Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon