Doktor Cuai Terpotong Kepala Kemaluan Budak Lelaki Ketika Berkhatan

Image result for Doktor Cuai Terpotong Kepala Kemaluan Budak Lelaki Ketika Berkhatan

Doktor Cuai Terpotong Kepala Kemaluan Budak Lelaki Ketika Berkhatan |Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada alat sulitnya seumur hidup setelah kepala di bahagian tersebut terpotong ketika dia menjalani proses berkhatan menggunakan kaedah laser.
Dalam kejadian pada jam 8 lama pada 20 Disember itu, mangsa, 10, dibawa oleh bapa untuk berkahatan di sebuah klinik di Cheras.
Bagaimanapun, ketika dia menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa bahawa kepala kemaluan kanak-kanak itu terpotong secara tidak sengaja.
Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur.
Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, NST melaporkan bahawa klinik yang terlibat dalam kejadian itu sudah beroperasi selama 15 tahun dan doktor yang terlibat sudah mempunyai pengalaman selama 21 tahun. Doktor berkenaan merupakan lepasan dari Univerisiti Karachi, Pakistan.
NST juga berkata mereka difahamkan bahawa klinik terbabit tidak didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan.
Doktor tersebut juga turut membuat laporan polis dan mengaku ia adalah satu kemalangan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP, Othman Nanyan mengesahkan kes terbabit.


Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon