Kisah Seram :Keajaiban Mayat Wanita Hidup Semula

Kisah Seram :Keajaiban Mayat Wanita Hidup Semula|Aku menyewa sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan terkenal di sebuah bandar. Harganya boleh tahan mahal tapi sesuai dengan keadaan biliknya yang sangat selesa. Sudah 3 hari aku disini. Dan dalam 3 hari tu jugalah aku sering terdengar bunyi seperti orang sedang bertukang di bilik sebelah. Setiap malam mulai pukul 1 pagi hingga pukul 4 pagi.
Aku dah fikir lain masa tu. Ye la, sapa pulak yang rajin bertukang malam-malam buta kan? Semua orang sedang enak tidur. Malam waktu untuk berehat.
Malam ke-4 aku disitu, bunyi itu masih lagi kedengaran. Kali ini dia menggergaji pula. Entah apa yang digergajinya sampai 3 jam? Jangan roboh rumah tumpangan ni sudah!
Keesokannya, aku bertanyakan kepada tuan punya rumah tumpangan ini tentang bilik di sebelah bilik yang aku sewa tu. Katanya, bilik tu dah lama terbiar kosong. Aku terkejut apabila diberitahu yang di bilik itu dulu pernah berlaku kejadian bunuh diri. Mangsa merupakan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan bekerja sebagai tukang rumah. Aku tidak diberitahu pula kenapa dia bunuh diri.
Malam ke-5, aku beranikan diri menghampiri bilik sebelah.waktu itu sudah pukul 12:55 malam. Tepat pukul 1 pagi, bunyi bertukang mula kedengaran. Aku mengamati bunyi tersebut. Bunyi orang sedang menggaul simen dengan penyodok jelas kedengaran. Aku cuba mengintai melalui lubang kunci pada pintu.
Dalam suasana yang samar-samar, aku dapat melihat bayang seseorang sedang ‘bekerja’ di dalam bilik itu. Aku perhatikan je pergerakan dia. Aku rasa aku pernah lihat dia ni sebelum ini tapi aku tak ingat kat mana dan bila.
Tiba-tiba ‘dia’ menoleh ke arah aku! Aku terkedu. Jelas pada pandangan aku matanya bertukar merah. Aku cuba untuk lari dari terus mengintai disitu tetapi badan aku langsung tak dapat bergerak! Apa dah jadi? Aku bingung dan takut dalam masa yang sama.
‘Hantu tukang’ itu tiba-tiba melayang deras ke arah aku! Aku tersentak lalu jatuh terduduk!
Aku memegang kepala yang sakit akibat terhentak pada lantai. Kemudian, dengan perlahan aku memandang kearah bilik tadi. Pintu bilik itu sudah ternganga luas.
Kini aku dapat lihat dengan jelas ‘hantu tukang’ itu sedang melakukan ‘kerjanya’. Aku memandangnya tak berkelip! Lelaki itu aku lihat dalam bentuk sempurna. Bukan seperti yang aku bayangkan. Dah nama pun hantu kan, mesti lah buruk rupanya!
Tanpa sedar aku dah melangkah masuk ke dalam bilik itu dan menghampiri lelaki ‘hantu tukang’ itu. Tiba-tiba pintu bilik tertutup sendiri dengan kuatnya. Terkejut aku dibuatnya!
Lelaki itu masih leka dengan ‘kerjanya’. Aku memerhatikan keadaan dalam bilik itu. Bau hapak dan tengik memenuhi ruang.
“Kau nak tolong aku ke?”
Aku pantas menoleh ke arah lelaki itu yang sudah merenung tajam ke arah aku. Aku menelan liur.
“Err…tak…”
“Kalau tak nak tolong, keluar dari sini!” tengking lelaki.
Terangkat bahu aku dibuatnya! Gila betul! Aku masih berdiri disitu memerhatikannya.
Lelaki ‘hantu tukang’ itu tiba-tiba menghempas penyodok ke lantai lalu menerkam ke arah aku. Aku terkejut! Belum sempat aku berbuat apa-apa, aku rasa tubuhku ringan melayang-layang di udara dan melekat di siling bilik yang kusam itu. Seketika kemudian, aku langsung tak sedarkan diri.
Sayup-sayup aku dapat mendengar suara orang ramai sedang membaca sesuatu. Semakin lama semakin jelas kedengaran. Aku cuba menggerakkan badan tetapi gagal. Aku rasa terhimpit. Aku lemas kerana ada sesuatu tersumbat dalam kedua-dua lubang hidung.
Perlahan-lahan aku membuka mata. Orang ramai kelihatan mengelilingi aku termasuk keluarga aku. Aku lihat mereka membaca sesuatu. Aku kenal buku itu! Pantas aku melihat sekujur tubuhku. Aku sedang berselimut putih… Tidak! Aku tak mati lagi! Aku banyak dosa!
Aku berusaha bangkit. Setelah berjaya, aku memerhatikan mereka. Demi melihat aku bangun semula, kesemua mereka bertempiaran lari keluar dari rumah sambil terpekik terlolong!
“Mayat hidup balik!!! Mayat hidup balik!!!”
Tak guna betul!
Termasuk keluarga aku sekali. Buku Yaasin dicampak begitu saja. Haih..boleh pulak diorang main campak je Yaasin tu?!
“Macam mana boleh jadi macam ni?” ujar Ariq, kawan baik aku.
“Macam ni macam mana?”
“Ye la, kau patutnya dah mati! Doktor dah sahkan tiada lagi denyutan jantung kau! Keadaan kau juga mengerikan!” cerita Ariq.
“Apa yang berlaku sebenarnya?”
“Sebenarnya kereta yang kau pandu terbabas lalu terjunam ke dalam gaung. Kau tersepit di dalam kereta sebelum kereta dengan kau sekali dijilat api!”
Aku terlopong mendengar cerita Ariq. Biar betul ni? Bila masa pulak aku jatuh gaung?
“Tapi…aku okey je ni?”
“Tu lah yang aku pelik sekarang ni, tengok keadaan kau langsung tak ada kesan cedera atau terbakar,” ujar Ariq.
“Dah la. Lupakan semua tu. Mungkin Allah masih bagi peluang untuk aku bertaubat. Aku memang banyak dosa,” kataku sebak.
“Emm…sekarang kau dah jadi terkenal tau. Semua surat khabar dan berita kat radio dan tv siarkan kisah kau.. KEAJAIBAN! MAYAT HIDUP SEMULA! tanpa sebarang kesan kecederaan…
Aku cuma tersenyum.
Ya,
Ini memang satu keajaiban.
Tapi… Apa kaitan kereta aku jatuh gaung dengan ‘hantu tukang’ dan rumah tumpangan?
2 minggu kemudian …..
Aku dan Ariq meninjau tempat kejadian dimana aku dikatakan ‘maut’ jatuh gaung dan keretaku terbakar. Tempat tu agak jauh dari tempat tinggal aku dan agak ke pedalaman.
Aku memandang sekeliling. Kiri-kanan jalan merupakan hutan yang agak tebal.
” kat situ lah kau jatuh, kemudian kereta kau meletup lepas hentam batang pokok,” kata Ariq sambil menunjukkan ke satu tempat.
Aku melihat tempat yang ditunjukkan itu. Memang ada kesan terbakar pada rumput di situ. Tapi… Kenapa aku tak ingat langsung?
“Kau okey ke?” tanya Ariq bila melihat aku hanya diam membisu.
“Aku…aku tak ingat langsung la pasal kejadian ni,” ujarku. Ariq mengeluh mendengar kata-kataku itu.
Aku cuba mengingati semula apa yang berlaku semasa aku melalui laluan ini pada malam itu… Ahaa! Aku dah ingat! Masa aku lalu kat satu selekoh, ada seorang lelaki berpakaian buruk berdiri di tepi jalan.
Kemudian lelaki itu tiba-tiba melintas di depan kereta aku. Aku yang terkejut lantas mengelak dan menekan brek kecemasan. Tapi… Aku memang yakin yang aku tak terbabas masuk ke dalam gaung! Lepas tu aku singgah bermalam di rumah tumpangan tu. Lelaki tu pulak entah ke mana aku pun tak tahu. Tak kan masuk hutan pula?
Aku mengajak Ariq singgah ke rumah tumpangan yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian. Rumah itu pernah menjadi tempat penginapanku selama 5 hari. Aku menemui Mak Cik Ani, pemilik rumah sewa itu. Rumah Mak Cik Ani hanya terletak di belakang rumah tumpangan itu.
Aku menceritakan kejadian yang menimpa diriku 2 minggu yang lalu. Ariq pula menceritakan tentang kejadian kemalangan melibatkan aku di kawasan berhampiran rumah itu.
Mak Cik Ani terdiam selepas aku dan Ariq selesai bercerita. Dia merenung kosong ke arah jalan yang boleh dilihat dari tempat kami bersantai di kerusi batu depan rumah Mak Cik Ani.
“Kejadian ni bukan kali pertama berlaku,” kata Mak Cik Ani. Aku dan Ariq berpendangan. Mak Cik Ani meneruskan ceritanya pula.
“2 tahun dulu kejadian yang sama seperti ini pernah berlaku. Seorang pemuda bersama seorang gadis datang ke rumah mak cik bertanyakan bilik sewa. Keesokkannya dia menceritakan kejadian dimana dia hampir melanggar seseorang di tengah jalan berhampiran selekoh.
Dua hari lepas tu, mereka mengadu pula tentang bunyi ganjil seperti orang bertukang di bilik sebelah tempat mereka menginap. Mak cik pun ceritalah tentang kejadian bunuh diri di bilik tu. Mak cik sendiri pernah dengar. Dari beranda rumah mak cik ni, mak cik pernah melihat bilik itu terang benderang bermula pukul 1 pagi. Masa tu hujan lebat. Bilik itu akan terang hanya pada malam khamis. Bunyi-bunyi tu pula kedengaran hampir setiap malam.
Beberpa hari kemudian, pasangan itu didapati hilang. Mak cik tak tahu mereka kemana. Sampai sekarang mereka tak ditemui. Semua barang peribadi mereka ada di dalam bilik. Kereta pemuda itu keluarganya sudah bawak balik selepas polis selesai buat siasatan,” Mak Cik Ani menamatkan ceritanya.
“Sekarang mak cik dah tutup rumah sewa ni,” kata Mak Cik Ani.
“Oh, patutlah sunyi je tempat ni. Err. Mak Cik tak takut ke duduk kat sini?” tanya Ariq.
“Mak cik dah biasa. Anak lelaki mak cik ada temankan mak cik,” Mak Cik Ani tersenyum kecil namun kelihatan sinis pada pandangan Aku dan Ariq. Ah! Abaikan!
Aku meminta diri untuk pulang. Masa berjalan ke arah kereta, aku memandang sekilas kearah bilik yang ‘berhantu’ itu. Aku terkejut bila melihat seseorang sedang mengintai melaui tingkap yang berjeriji besi itu! Pandangannya satu memerhatikan aku….Nur Azyyati Kraslf


Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon