'Nasib baik Google dulu, rupa-rupanya penipu' - Peniaga


BATU PAHAT, JOHOR - Seorang peniaga nyaris kerugian ratusan ringgit selepas percubaan seorang individu mahu memperdayakan perniagaannya gagal. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.24 petang Khamis, Nur Maisarah Mat Noh, 25, dihubungi oleh lelaki bernama Haji Idris Haji Ahmad yang kononnya bekerja dengan syarikat Petronas mahu menawarkan tender pembekal makanan Petronas dengan kontrak selama tiga bulan. 

"Lelaki itu meminta saya menghubunginya dan dia menerangkan tentang kontrak tender tersebut. Saya juga diminta untuk membayar wang pendahuluan sebanyak RM500 ke akaun (peribadi) CIMB miliknya. 

"Tetapi apabila saya meminta maklumat tentang dirinya, dia enggan memberi kerjasama," katanya. 

Curiga dengan niat lelaki itu, Maisarah membuat semakan nombor telefon 018-2521671 dan mendapati banyak kes penipuan yang melibatkan nombor telefon lelaki itu. 




"Hati ini terdetik nak Google nombor telefon dia. Sekali tengok, keluar segala cerita lelaki ini telah menipu peniaga-peniaga makanan delivery 1 Malaysia. Rupa-rupanya dia memang menyasarkan peniaga-peniaga makanan delivery untuk menjadi mangsanya. 


"Ya Allah, harap kawan-kawan delivery semua ambil maklum dan tidak terkena dengan individu bernama Haji Idris Haji Ahmad ini. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Pahat, semalam kerana bimbang dengan keselamatannya di mana sebelum ini segala maklumat tentang dirinya telah diberi kepada lelaki itu. - The Reporter


Sumber : GengViral

Sumber :


EmoticonEmoticon