32 kes cincin tersangkut di kemaluan bagi tujuan seks


KUALA LUMPUR - Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menunjukkan, 80% atau 32 daripada 40 kes yang dilaporkan dalam tempoh tiga tahun membabitkan khidmat bantuan pemotongan cincin pada kemaluan lelaki, lapor Kosmo

Meskipun perbuatan menyarung cincin pada kemaluan bagi tujuan seks boleh mengundang padah, namun masih ramai lelaki yang melakukannya. 


Baki 20% atau lapan kes sahaja yang direkod membabitkan pemotongan cincin pada jari di tangan. 

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pelbagai jenis cincin yang digunakan termasuk jenis besi, logam dan aluminium menyebabkan pihaknya mengalami kesukaran untuk memotong cincin tersebut. 

"Teknik pemotongan menjadi lebih sukar apabila cincin yang tebal dan keras itu disarungkan pada kemaluan lelaki berikutan keadaan struktur zakar itu tidak bertulang berbanding jari di tangan. 

"Rata-rata mangsa mementingkan keseronokan diri tanpa memikirkan kesakitan yang bakal ditimpa khususnya ketika kerja-kerja pemotongan cincin itu dilakukan di mana mereka perlu menahan kesakitan berjam-jam," katanya. 

Dalam kejadian jam 8.56 malam Jumaat lalu, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terpaksa menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat Pantai bagi membantu mengeluarkan cincin yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki berusia 30'an. 

Pihak bomba terpaksa menggunakan alat pemotong cincin dalam usaha mengeluarkan cincin yang tersangkut itu. Bagaimanapun bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan cincin itu berikutan mata alat pemotong semakin tumpul kerana cincin tersebut tebal. 


"Mata alat pemotong semakin tumpul, gelang besi itu tebal. Kami terpaksa meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh untuk peralatan memotong cincin pada jam 1.50 pagi," kata Samsol Maarif Saibani. 

Lapor The Star, bomba berjaya mengeluarkan cincin tersebut pada jam 2 pagi, Sabtu dan mangsa tidak dibenarkan pulang kerana masih memerlukan rawatan lanjut di PPUM. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon