Aiman, 19,  berkata, dia terkejut dengan fitnah tersebut namun percaya khabar angin itu sengaja diadakan pihak tertentu demi mendapat populariti dan mengaut keuntungan atas angin.
“Pagi tadi ayah kejut bagitahu fitnah ini. Terkejut juga mula-mula tapi rasanya ini kerja orang yang mahu menipu peminat demi keuntungan.
“Kalau nak marah itu tidaklah, cuma kecewa dan berharap agar peminat tidak percaya dengan penyebaran berita-berita palsu tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, bapa Aiman, Yusri Ishak turut meluahkan rasa kecewa terhadap penyebaran berita palsu tersebut namun akur perkara tersebut merupakan asam garam dunia seni yang perlu ditempuh anaknya.
“Terkejut dan kecewa tapi tidaklah marah. Nasihat saya kalau nak berkarya itu  lebih baik tulis lagu atau puisi daripada membuat fitnah,” katanya
http://ift.tt/2jb4HF1