Awas Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol susu..Sila Baca Akibatnya!

Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol susu|Karies botol susu terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu. Cecair yang tidak dibersihkan dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakkan pada gigi.
Gigi yang seringkali menjadi mangsa adalah, gigi susu di bahagian atas depan.
Rata-rata ibu bapa tidak mengendahkan perkara ini dan membiarkan sahaja gigi susu ini rosak. Alasan mereka, gigi susu yang rosak boleh diganti dengan gigi kekal.
Tidakkah ibu bapa kasihan anak-anak menangis kerana sakit gigi dan bengkak pada gusinya?
Tidakkah ibu bapa kasihan melihat anak-anak tidak ada gigi untuk makan dan bertutur dengan baik?
Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak yang menangis pada tengah malam kerana sakit gigi?
APA LANGKAH TERBAIK IBU BAPA?
1. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.
2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.
3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.
4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.
5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.
6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.
7. Bawa anak untuk pereriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.
Iqbal,
Kesian tengok budak kecil yang sudah rosak giginya.Iqbal Rosali
http://ift.tt/2k7ae4e


Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon