Bapa dipenjara 40 tahun kerana bunuh pencabul anaknya


ALABAMA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang bapa dipenjara dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun kerana membunuh seorang lelaki yang mencabul anaknya. 

Jay Maynor, 43, menembak mati pelaku yang mencabul anak perempuannya ketika dia kecil kerana tidak tahan melihat penderitaan yang masih ditanggung anaknya, Julia Maynor, walaupun selepas berbelas tahun insiden itu berlaku. 

Pada tahun kejadian itu berlaku, Julia baru berusia 4 tahun ketika dicabul oleh bapa angkat kepada ibunya, Raymond Earl Brooks. 

Raymond yang juga datuk angkatnya itu mendera Julia beberapa kali sehingga mangsa berusia 8 tahun. Raymond cuba menyakinkan Julia percaya bahawa perbuatannya itu adalah normal dan memberitahu dia adalah istimewa. Namun Julia tetap memberanikan dirinya bersuara dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. 

Pada tahun 2002, Raymond didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah di atas tuduhan menyalahguna Julia secara seksual. Raymond hanya dipenjarakan selama 2 tahun 3 bulan daripada 5 tahun hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya dan dibebaskan dengan parol. 

Raymond membayar denda dan didaftarkan sebagai pesalah seks dan selepas bebas, Raymond tinggal di Alabama, tidak jauh dari rumah Julia di Cullman. 

Walaupun kejadian itu sudah 13 tahun berlalu, Julia yang kini berusia 24 tahun dan juga ibu kepada tiga orang anak, masih mengalami trauma akibat perbuatan lelaki itu. Dia mempunyai PTSD dan menerima rawatan dan masih bergelut dengan emosi yang turut memberi kesan kepada perkahwinannya. 

Sukar dan tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami oleh mangsa, bapanya, Jay, sanggup mengambil tindakan sendiri untuk membalas dendam ke atas perbuatan yang dilakukan Raymond. Jay menaiki motosikal bersama pistol di poketnya, memecut ke rumah Raymond yang terletak di Berlin, Alabama. 

Jay (kiri) menembak mati pencabul anak perempuannya, Raymond (kanan)
Ketika dalam perjalanan, dia bertemu dengan bekas kekasih anaknya dan bertindak melepaskan tembakan ke arah lelaki itu, tetapi gagal. Dia kemudian meneruskan misinya untuk membunuh Raymond dengan melepaskan dua das tembakan kepada Raymond yang berada di halaman rumahnya pada ketika itu. 

Pada November 2016, Jau mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun, termasuk 20 tahun atas percubaan membunuh bekas teman lelaki Julia.  

"Bapa saya melindungi saya seperti mana yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa. Dia adalah ayah yang hebat dan terbaik. Saya sayangkannya," katanya. 

Petisyen bantahan juga turut dibuat dengan 2,000 tandatangan telah berjaya dikumpul. 

SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon