Bayaran taska 2017 naik 20-50%, kos operasi meningkat 60%

Gambar sekadar hiasan | Google Images
KUALA LUMPUR - Bermula Januari 2017, bayaran taska mengalami kenaikan antara 20 hingga 50% berikutan kos operasi yang didakwa meningkat sehingga 60%, lapor Sinar Harian memetik dari China Press. 

Kenaikan yang tinggi itu sekali gus menambahkan lagi beban perbelanjaan tambahan rakyat pada awal 2017 selepas petrol dan tayar yang turut naik harga. 

Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Datin PH Wong berkata, taska di negara ini terpaksa menaikkan bayaran akibat kos operasi yang terlalu tinggi. 

"Selain pelbagai kos operasi dan perbelanjaan yang meningkat, bayaran gaji kepada pekerja baharu juga perlu diberikan mengikut skim gaji minimum, iaitu RM1,000. Begitu juga dengan pekerja sedia ada, kenaikan gaji juga perlu diberikan kepada mereka. 

"40% pengusaha taska dalam persatuan telah merunggut bahawa mereka tertekan dengan kos operasi yang semakin meningkat. Malah, ada beberapa pengusaha taksa yang terpaksa menghentikan operasi kerana mengalami kerugian. 

"Untuk menyediakan menu berkhasiat kepada kanak-kanak, ia memerlukan perbelanjaan yang banyak. Di samping itu, bayaran bil air, elektrik, menjalankan aktiviti luar dan kos pertadbiran, itu semua memerlukan wang yang banyak," katanya. 

Beliau berkata, di Kuala Lumpur misalnya, bayaran antara RM500 hingga RM600 sebulan untuk seorang kanak-kanak sudah dianggap terlalu murah dan tidak mampu ditanggung lagi pihak pengusaha taska. 

"Sebaliknya ada sesetengah ibu bapa meminta pengusaha taska mengenakan bayaran RM300 sebulan sahaja. Minta RM300 dan mahu kami menjadi anak mereka sebanyak enam kali seminggu. Kalau begini keadaannya, bagaimana mereka nak teruskan perniagaan?" katanya. 

Difahamkan, ketika ini bayaran bagi setiap kanak-kanak di taska adalah antara RM150 hingga RM650 mengikut peringkat umur kanak-kanak dan lokasi. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon