Biadabnya peniaga online ni, siap suruh pelanggan cerminkan diri dulu

KUALA LUMPUR - Alangkah biadabnya seorang penjual IPTV Box ini menyindir pelanggan yang menghubunginya melalui WhatsApp bertanya tentang harga produk dijual. 

Ceritanya, pelanggan berkenaan bertanya tentang harga IPTV box yang dijual dan berminat dengan harga yang ditawarkan oleh peniagaan berkenaan, RM210, lalu meminta untuk 'lock' harga promo tersebut. 

Malangnya peniaga berkenaan menyindir pelanggannya, "tak ada duit, dok diam-diam dulu. Kita kena faham penjual ini tiada masa nak layan bagai bulan bintang akhirnya beli pun tidak". 

Tidak hairanlah imej perniagaan online semakin buruk hanya disebabkan wujudnya peniaga-peniaga yang biadab seperti ini.


Pagi ini dapat mesej dari ibu saya. Sedih barangkali bila mendapat maklumbalas dari seorang peniaga online ketika dia mahu bertanya tentang produk yang dijual. 

Memang ibu saya mahu membeli dengan peniaga berkenaan tetapi berjanji untuk buat bayaran pada tarikh sekian. Tetapi hampa bila mendapat feedback 'pedas' lagi menusuk hati. Sampai terguris, terobek hati ibu saya sebagai pembeli. Allah. 

Saya nak cerita bab adab pelanggan dan peniaga supaya kita sebagai peniaga menjaga etika ketika berurusan dengan pelanggan. 

Sebagai peniaga online, kita juga adalah sebagai pelanggan juga. Betul? Memang tugas sebagai seorang pelanggan, kita akan survey banyak-banyak 'kedai' untuk membuat perbandingan harga. Memang lumrah jika terdapat banyak lambakan produk dan harga yang berlainan. 

Sebagai peniaga, kena tahu hukum alam. Jika rajin usaha, pulangannya inshaAllah akan nampak hasil. Tetapi kena belajar juga rezeki setiap manusia tidak akan sama. Ada yang lambat dan cepat. Di sini kita belajar dengan erti kata serahkan kepada Allah selepas kita berusaha. 


Bukan tugas kita untuk mengertak pembeli dengan kata-kata pedas, hati manusia ini Allah yang jaga. Jika Allah telah mengizinkan seseorang itu untuk menjadi pelanggan kita juga adalah kerana Dia. Jika tidak, bukan tugas kita untuk menilai. 



Pengguna ada hak untuk bertanya dan peniaga juga ada hak untuk menghormati keputusan pengguna. Dan ini juga yang saya hadapi ketika berdepan dengan pelanggan yang kerap bertanya tentang harga barangan yang idjual. Saya tidak pernah berburuk sangka kepada mereka kerana Allah sudah menetapkan rezeki setiap makhluk. Jika tidak diizinkan mereka menjadi pelanggan saya, saya redha kerana itu bukan rezeki saya. 

Jika ada masanya, Allah sudah tulis. Rezeki kita pula ada pada pelanggan yang lain, janganlah kita riak dan sombong pula. Syukur kerana Allah telah membuka hati mereka setelah kita bersangka baik, redha, tawakal dan usaha kita akhirnya membuahkan hasil. 

'Customer is always right ada juga benarnya. Biar kalah tapi jangan mengalah. Tak nampak hasil bila awal-awal lagi sudah berburuk sangka pada pelanggan. Husnudzon wahai penjual. Kalau nak rezeki datang tanpa disangka-sangka. 

Sekian dari saya sebagai seorang peniaga dan juga seorang pelanggan. - Nurul Nadhirah

Sementara itu, netizen pula berpendapat bahawa insiden ini berlaku berpunca dari kesilapan para peniaga online yang tidak menyatakan harga pada barangan yang dijual. Sebaliknya pelanggan diminat untuk menghubungi mereka jika mahu mengetahui harga yang ditawarkan.

"Peniaga online selalu tak letak harga barang. Suruh PM untuk tahu harga. Bila PM, kita nak tahu harga barang saja pun, dia mesej panjang berjela-jela. Bila kita tak beli, marah. Kalau dah tahu macam itu, pamerkan sajalah harganya siap-siap agar tiada masa yang terbuang di kedua-dua belah pihak," kata Cik Syafi. - The Reporter


Sumber : GengViral

Sumber :


EmoticonEmoticon