Bila anak kecil meragam di pasar raya, pusat beli belah, terbit pelbagai rasa di hati ibu bapa melihat keadaan itu. Pastinya geram, marah, malu bermain di kepala. Bagaimana cara nak menangani anak-anak tantrum? Marah? Pukul? Maki?
Cara seperti itu tidak lagi relevan di masa ini kerana orang akan melihat kita seperti tidak memahami dan tidak mahir mendidik anak. Sebaliknya, ibu bapa perlu mengambil langkah yang bijak agar anak akan faham mengapa permintaan mereka tidak dapat dituruti.
Oleh Encik Matt
Anak TANTRUM boleh diibaratkan seperti seseorang sedang lemas . Mereka tantrum sebab TIDAK MENDAPAT apa yang mereka mahukan. Orang lemas jangan kita terus menarik mereka, biarkan mereka tenggelam sedikit baru tarik.
Begitu juga bila anak tantrum. Biarkan mereka berguling-guling dan kita jauhkan sedikit, pastikan tempat mereka berguling-guling tidak membahayakan diri mereka dan juga orang lain.
Jangan malu dipandang orang, kita sedang mendidik emosi anak. Jangan hati basah, hati mau kering. Anak tantrum terus dibelikan apa yang mereka mahu, tindak yang salah. Jika kita sedang melihat anak orang lain sedang tantrum, jangan pula kita melayan anak itu. Anak tantrum perlukan simpati bahkan dari orang lain juga. Jika kita layan, nanti mereka akan mulai faham orang lain lebih bersimpati pada mereka berbanding ibu bapa mereka sendiri.
Paling terbaik jika kita dapat mengesan simptom tantrum dalam diri anak lebih awal. Bawa sesuatu dari rumah seperti permainan atau buku bacaan mereka. Cuba alihkan perhatian mereka dari arah lain. Berkomunikasi lebih awal dengan mereka sebelum terkeluar dari mulut apa yang mereka mahukan.
Kita perlu bijak menangani masalah tantrum dengan emosi yang lebih baik dan tenang, bukan dengan marah, jentik telinga atau tengking mereka. Betapa bahayanya jika kita ajar dengan cara menengking mereka. Otak mereka akan mula proses perkataan-perkataan dan nada yang kita gunakan. Tidak hairanlah jika suatu masa nanti mereka tiba-tiba tengking kita semula, melawan cakap kita. Jadi hentikan perbuatan menengking anak untuk memperbetulkan kesalahan mereka. Diam juga adalah salah satu cara untuk menangani tantrum. Biarkan, nanti mereka akan penat dan tenang.
Apabila mereka sudah tenang, ajak mereka makan. Sekarang kita nak mendidik emosi mereka supaya faham dengan tindakan kita. Kita bukan tidak mampu nak membeli apa yang mereka mahukan. Gula-gula saja pun, tetapi jika dilayan, mereka akan menjadi semakin 'naik kepala'.
Terangkan kepada mereka mengapa kita tidak boleh membeli makanan yang mereka mahukan.
"Muhammad, abi bukan tak nak beli kereta kontrol itu. Tapi duit abi tak cukup. Jika abi beli, habis duit abi, kesian umi tak dapat beli sayur, beras. Nanti kita nak makan apa?"
Dan si umi pula pandai-pandailah buat muka sedih. Nanti bila anak tengok kita emosi sedih, mereka pula akan bersimpati dengan kita.
Tentang gula-gula atau jajan, cerita keburukan makanan tersebut. Tak bagus untuk kesihatan, makan gula-gula nanti boleh kena kencing manis, rosak buah pinggang, rosak gigi dan usus. Gula-gula dan jajan adalah perosak.
Mereka mulai faham. "Kesian umi dan abi tak boleh beli kereta kontrol sebab nak beli sayur dan beras. Patutlah tak bagus makan gula-gula dan jajan. Rupanya tak bagus untuk kesihatan."
Masih tantrum? Itu kerja abi lah. Angkat atau peluk mereka, terus bawa masuk kereta. Nanti dalam kereta dah penat, kena udara dingin aircond, tidurlah mereka. Balik rumah baru terangkan kepada mereka.
Anak tantrum? Kawal pemakanan, elakkan jajan, gula-gula, makanan segera. Bagi perhatian kepada mereka bila berada di rumah. Ketika mereka sedang bermain, bermainlah bersama mereka. Tantrum juga berlaku disebabkan kurang perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Anak sedang bermain, ibu dan bapa sibuk dengan handphone. Hentikan!
Jika berlarutan, bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. Hadiahkan sesuatu untuk anak dengan penuh sifat kasih sayang, bukan dengan sifat bakhil.
Sumber : GengViral
Sumber :
EmoticonEmoticon