Memang sebelum ini, ada masalah sikit, sampailah Lofa cakap di tahap complicated. Tetapi difahamkan ada usaha dibuat oleh pihak Fattah untuk meneruskan kisah mereka berdua ke arah yang lebih baik. Siap tuju lagu lagi, memanglah mudah buat orang cair. Lofa pun baru balik dari mengerjakan umrah dan Fattah pun baru balik dari London. Agaknya dah kena angin kat luar negara tu, mereka saling merindu lah pula, bila berjauhan.
Nasihat , kalau benda baik, usah ditangguhkan. Dan semoga keluarga kedua-dua belah pihak akur dengan kasih sayang yang wujud dalam diri pasangan ini. Usah dilihat kepada masa lalu seseorang itu, kerana apa yang penting adalah masa depan. Kalau dia seorang yang jenis boleh dibuat sebagai pasangan hidup, tak usaha tunggu lama-lama lagi dah.utusan