Oleh Cikgu Linda Setia
Mulai bulan ini, kena menabung RM300 sebulan. Nak menabung di Maybank saja. Tiap bulan, Maybank akan tolak RM300 dari akaun kita sehinggalah tempoh yang kita nak.
Sebagai contoh, kita tetapkan tempoh 24 bulan. Rasa macam nak buat RM500 tapi maksimum RM300 saja yang termampu. Jadi, RM300 itu adakan ditolak terus dari akaun kita selama 24 bulan.
Sepanjang tempoh itu, tak boleh keluarkan duit simpanan tersebut sehingga tiba tarikh matangnya. Koreklah macam mana sekali pun, duit itu tetap tidak akan dapat keluar. Hahaha! Bila dah habis tempoh matangnya, duit simpanan itu akan masuk ke dalam akaun secara automatik.
24 bulan x RM300 = RM7,200
Okaylah, cukuplah untuk duit top up sikit-sikit majlis perkahwinan. Kalau boleh jangan ambil pinjaman bank untuk buat majlis perkahwinan. Selain itu, perempuan pun kena ada saving juga.
"Kau ingat flight ticket ke Kelantan untuk satu keluarga berapa ringgit? Sama juga Kelantan ke Kota Kinabalu. Banyak kos,"
Kasihan bakal suami, takkan nak dia tanggung semua? Ingat bakal suami anak perdana menteri ke? Hehe!
Kalau tak pun, buat simpanan seperti ini selepas kahwin kalau jodoh masih panjanglah. InshaAllah.
Masuk maybank. Pilih ACCOUNT & BANKING |
Lepas tu pilih SETUP FLEXI SAVER PLAN. Select tenure tu (berapa bulan nak menabung) , Contribution amount ( letak lah RM50 - RM300) Tadi nak letak RM500 tapi tak dapat lak . so letak rm300. |
Isi semua . Nak guna tuk wedding ke education ke atau apa2 lah tujuan.. |
Ok pastu pilih effective date. Waktu bila , tarikh berapa HB nak deduct duit ni kat bank. aku letak tengah bulan sebab hujung bulan nazak sikit nak bayar sewa rumah, insurans , kutu , dan bill lain2 |
Bila daj confirm ! Tadaaaa dah berjaya. Wahh teruja bila ada saving macam ni. Hahahah. Aku tak risau nak korek2 sebab tak boleh korek weiii.. |
Apa pun, sistem yang diperkenalkan oleh Maybank ini bagus dan sesuai untuk mereka yang tidak pandai menyimpan dan tak boleh melihat duit ada dalam bank. Nampak saja duit, terus nafsu boros itu membuak-buak.
Jadi mulai bulan ini, jom kita menyimpan!
Sumber : GengViral
Sumber :
EmoticonEmoticon