Lelaki Berkerjaya Ini Pilih Tinggal di Pasaraya. Bila Ditanya Ini Jawapannya Yang Buat Ramai TERPANA !!! | Setiap orang mahu memiliki sebuah rumah yang selesa untuk didiami. Tetapi tidak buat lelaki yang bernama Chen Jinfu ini. Dia memilih untuk tinggal di shopping mall dan perkara itu telah lama dilakukannya. Lelaki warga Malaysia yang berusia 35 tahun ini dilaporkan telah ‘mendiami’ Pusat membeli-belah Jurong Point selama hampir 4 tahun.
Menurut laporan media di Singapura, Lianhe Wanbao semalam, Chen menggunakan segala kemudahan seperti air, elektrik, dan WiFi di pusat membeli-belah tersebut secara percuma. Chen mengatakan suasana di pusat membeli-belah itu sangat selesa kerana mempunyai kemudahan air-conditioning dan banyak kemudahan fasiliti seperti pasaraya 24 jam. Malah ia juga boleh mengecas telefon bimbit miliknya tanpa sebarang caj.
Mungkin ramai beranggapan dia merupakan seorang gelandangan. Tidak, tanggapan itu ternyata salah. Chen bahkan menyewa sebuah bilik dengan menggunakan duitnya sendiri. Chen yang berasal dari Ipoh, Perak itu bekerja di sebuah kilang elektronik. Dia menyewa sebuah bilik yang dikongsi berdua di Boon Lay, satu kawasan kejiranan yang terletak di bandar Jurong West dengan harga SGD250 (RM780) sebulan.
Mungkin ia kedengaran agak pelik, tetapi Chen memberitahu dia berasa sukar tinggal di bilik tersebut kerana di sana sangat panas, sempit, malah tidak ‘sebulu’ dengan penyewa yang lain. Dia hanya akan pulang sekali atau dua kali seminggu hanya untuk mandi dan membersihkan diri. Chen tidak mempunyai port yang tetap untuk bermalam di sana. Dia boleh tidur di mana-mana sahaja termasuklah di kawasan tangga dan kaki lima di pasaraya tersebut.
Padanya itu lebih baik berbanding bermalam di dalam bilik yang disewanya itu. Tetapi kenapa Chen perlu menyewa bilik sedangkan dia lebih selesa ‘tinggal’ di kawasan pusat membeli-belah tersebut? Seperti yang dilaporkan, dia memberitahu bahawa dia sangat perlu menyewa mana-mana tempat walaupun dia ‘tinggal’ di pusat membeli-belah tersebut kerana dia memerlukan alamat tetap untuk pas bekerja.
Chen sudah bekerja di Singapura selama 10 tahun dan pendapatan beliau kini adalah sebanyak SGD1,000 bersamaan RM3,125 sebulan. Dan bagaimana pula Chen boleh melakukan perkara ini bertahun-tahun tanpa ditangkap walau sekalipun?
Dia memberitahu bahawa dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah setakat ini. Menurut jurucakap Jurong Point, dia dibenarkan untuk tinggal seberapa lama yang dia mahu tetapi dia tidak boleh mengganggu mana-mana aktiviti yang diadakan di pusat membeli-belah tersebut.
“Jika Chen Jinfu menggunakan kemudahan kami dalam cara yang sesuai tanpa menimbulkan apa-apa kekacauan, gangguan atau ancaman kepada keselamatan pusat membeli-belah, kami menyambut dia seperti mana-mana pembeli yang lain,” kata beliau seperti yang dilaporkan The Straits Times.
Beliau berkata pihak pengurusan pusat membeli-belah adalah sangat “bermurah hati” kerana pelanggan boleh menikmati dan menggunakan Wi-Fi percuma yang telah ditawarkan sejak 2015. Chen juga dilaporkan sering ke Johor untuk membeli barang-barang keperluan hariannya. Chen melakukan ini hampir setiap hujung minggu untuk memaksimumkan simpanan.
Dia hanya akan kembali ke Ipoh sekali setahun untuk melawat ibu bapanya semasa Tahun Baru Cina kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk pulang ke sana. Dia berkata dia sering menghantar wang kepada ibu bapanya dari semasa ke semasa.
“Kos sara hidup di Singapura adalah sangat tinggi. Jadi wang yang ada hanya cukup untuk menyewa sebuah bilik untuk tidur,” kata Chen. Sumber:-Says seismik
P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…
The post Lelaki Berkerjaya Ini Pilih Tinggal di Pasaraya. Bila Ditanya Ini Jawapannya Yang Buat Ramai TERPANA !!! appeared first on BERITA HARIANI.
Sumber : berita hariani
Sumber :
EmoticonEmoticon