Solat Dhuha! Keutamaannya Dan Pahala Mengerjakannya Yang Semua Orang Mesti Rebut !

Advertisement
Solat Dhuha! Sebelum ini pun ada admin tulis tentang solat dhuha, cara mengerjakannya, berapa rakaatkah solat dhuha yang terbaik dan banyak lagi. Anda boleh baca semula pada link di bawah:

[+] Cara ringkas solat dhuha

Secara ringkas, Solat Dhuha merupakan Solat Sunnah yang dikerjakan minima dua Raka’at dan boleh dikerjakan maksima 12 Raka’at yg masing-masing dua Raka’atnya diakhiri dengan satu salam. Kemudian Waktu Solat Dhuha sendiri boleh dikerjakan ketika matahari sedang terbit atau tepatnya sekitar pukul 7.00 pagi sehingga masuk waktu solat zohor jika anda ingin mengerjakan Solat Dhuha, ini ada baiknya sekitar jam 08.,00 – 10,00 pagi. 

Solat Dhuha! Keutamaannya Dan Pahala Mengerjakannya 



1. Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. “Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan,”
(HR. Tarmidzi)

2. Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat,”
(HR. Hakim).

3. Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. “Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya,”
(HR. At-Thabrani).

4. Orang yang istiqomah melaksanakan solat Dhuha kelak akan masuk syurga melalui pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala,”
(HR. At-Thabrani).

5. Allah mencukupkan rezekinya. “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan mecukupimu di akhir harimu,”
 (HR. Abu Darda`).

6. Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha,”
(HR Muslim).

#sumber: whatsapp group

Solat Dhuha! Adakah anda sempat melakukannya hari ini? Adakah anda tidak berusaha melakukannya walau hanya 2 rakaat? Ayuh rakan rakan muslim ku, letakkan sedikit masa pada waktu pagi untuk menghadap penciptaMu. Dhuha adalah waktu terbaik untuk kita menyatakan harapan di awal pagi kepada Allah SWT sebelum kita memulakan ikhtiar hidup kita.

Semoga perkongsian tentang keutamaan dan fadhilat mengerjakan solat Dhuha dapat memenuhi aktiviti hidup kita dengan menyerahkan kepada Allah untuk menentukannya. Usaha, doa, tawakkal.



Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon