Tiada lesen, 2 jam 30 minit lari dari ditahan polis


PETRAJAYA, SARAWAK - Seorang lelaki dan wanita gigih melarikan diri dari ditahan polis kerana tidak memiliki lesen memandu, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, pemandu kereta Perodua Myvi berwarna kelabu dikesan dalam keadaan yang mencurigakan di Jalan Abdul Rahman Yaakub. 

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, ketika pihak polis cuba menahannya, suspek tidak mengendahkan arahan dan terus memecut melarikan diri. 

Ekoran itu, seramai tujuh buah kereta peronda terpaksa mengejar suspek selama dua 30 minit. Bagaimanapun, suspek yang akhirnya memasuki jalan mati di Taman Lebunda dan terpaksa menyerah diri. 


"Pemeriksaan mendapati, suspek enggan memberhentikan keretanya kerana bimbang ditahan polis kerana tidak memiliki lesen memandu," katanya. 


Posted by Info Roadblock Jpj/polis on Monday, 2 January 2017

Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. - The Reporter


Sumber : GengViral

Sumber :


EmoticonEmoticon