Ulama sufi terkenal Maghribi, Sheikh Sidi Hamza al-Qadiri al-Boutchichi, yang dikatakan berasal dari susur galur Nabi Muhammad SAW, meninggal dunia semalam pada usia 95 tahun.
Media tempatan melaporkan, beliau meninggal dunia di bandar barat laut Qujda dan akan disemadikan di bandar berhampiran Madagh, iaitu tempat kelahirannya.
Al-Boutchichi yang memiliki ramai pengikut tempatan dan luar negara, menjadi pemimpin Sufi, Qadiriya Boutchichiya sejak tahun 1972.
Dianggap sebagai ‘tuan’ oleh pengikutnya dan terkenal dengan kebijaksanaan dan kebaikan, beliau dipercayai berketurunan Nabi Muhammad serta berasal daripada susur galur panjang pemimpin Sufi.
Sebelum meninggal dunia, beliau melantik anak lelaki sulungnya, Sidi Jamal, menggantikan tempatnya.
Dengan ratusan juta pengikut di seluruh dunia, mazhab sufi berakar umbi dalam budaya Maghribi serta seluruh Afrika Barat selain aktif di Turki, Asia Barat dan Asia Tengah.
Sumber : penhijaudaun
Sumber :
EmoticonEmoticon