Ingatkan Guruh. Rupanya Pemandu Lori Kena Hempap Dengan Kayu Balak


Kalau dah ajal tak kira tempat atau masa. Seorang pemandu lori balak menemui ajalnya selepas dihempap muatan balak ketika dia cuba membuka ikatan rantai besi kayu balak yang dipandunya. 

Kejadian kira-kira 7.30 pagi itu berlaku di sebuah kilang papan apabila mangsa Yaw Wu Chun sedang menurunkan balak untuk diproses menjadi kayu bergergaji. 

Menurut saksi kejadian, mereka terdengar dentuman kuat di kilang tersebut. Ada juga yang menyangka bunyi kuat tersebut sebagai guruh kerana ketika itu hari mendung dan hujan renyai. 

Mangsa dikatakan hanya mampu menjeri meminta tolong kepada rakan-rakan yang lain. 

Memetik laporan dari Harian Metro, badan mangsa dihempa kayu balak yang sebesar pemeluk lelaki dewasa. 

Mangsa mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan, kaki dan kepala. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon