Murid Darjah Enam Jadi Mangsa Cabul Dan Raba Ustaz Umur 59 Tahun


Geleng kepala bila melihat kes-kes cabul dan rogol melibatkan kanak-kanak yang semakin berleluasa.  Rasanya sudah tiada makna profesion seseorang itu kerana hawa nafsu masih beraja di hati. Terbaru , seorang ustaz didakwa mencabul seorang pelajarnya sendiri di Kuala Terenegganu. 

Murid darjah enam itu mendakwa telah menjadi mangsa cabul ustaz tersebut sejak Februari lepas menurut satu laporan dari Sinar Harian. Perbuatan keji ustaz tersebut terbongkar selepas salah seorang rakan mangsa memberitahu perkara tersebut kepada ibu mangsa setelah berkunjung ke rumah mangsa. 

Ustaz tersebut memasukkan tangannya ke dalam kain mangsa dan memegang kemaluan pelajar tersebut dan pada masa yang sama menyuruh mangsa untuk memegang kemaluannya. Tidak cukup dengan itu, mangsa juga telah diraba pada bahagian dada, punggung serta kemaluan dan ustaz tersebut juga bertindak mencium mangsa. 

Ibu mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mengesyaki anaknya itu menjadi mangsa cabul dan membawanya menjalankan pemeriksaan di hospital. Ibu mangsa turut mengakui bahawa anaknya itu mempunyai kesukaran dalam pembelajaran. 

Bertindak daripada laporan itu, pihak polis menahan seorang lelaki di kediamannya di sebuah kampung di sini (Gong Tok Nasek), jam 2 petang, kelmarin dan suspek direman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon