Achey Dan Isteri Digelar Mandul Sebab 7 Tahun Kahwin Tak Dapat Anak, Jom Baca Responnya..



Achey merupakan salah seorang pelawak berbakat besar di Malaysia yang amat menyerlah bersama kumpulan Bocey bersama Fad dan juga Abam.

Achey yang kini berumur 32 tahun, sudah tujuh tahun berkahwin namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Ini menyebabkan ada netizen bermulut jahat yang menggelar Achey dan isterinya merupakan seorang yang mandul.

Terkesan dengan komen seperti itu, Achey tampil memberi respon balas.

Achey mengatakan dan memberi pesanan kepada netizen yang sesuka hati menuduhnya dan isteri mandul supaya menjaga percakapan takut nanti terkena pada diri sendiri.

Ini komen Achey:

"Mungkin mereka tidak pernah merasai apa yang kami lalui. Saya dan isteri sebenarnya tidak kisah kerana pada usia perkahwinan kami tiga tahun lagi macam-macam orang cakap.

"Cuma janganlah cakap ikut suka saja, takut nanti perkara itu berbalik pada diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri mungkin pada anak, adik-beradik atau saudara-mara,"

Achey berkata lagi, dia tidak menyimpan dendam dengan kata-kata tersebut kerana menganggap masih belum rezeki dia dan isteri dikurniakan anak walaupun sudah tujuh tahun berumahtangga.

Tambahnya lagi, dia dan isteri juga sudah lali dengan kata-kata itu sejak tiga tahun lalu.

Achey menganggap situasi ini merupakan ujian dari Tuhan dan hanya orang tertentu saja yang diberikan ujian sedemikian.

Sehingga hari ini mereka tidak pernah putus asa dan mencuba apa saja rawatan mahupun petua untuk mendapatkan zuriat.

Ini pendedahan Achey lagi:

"Sama seperti orang lain, kami juga menyimpan hasrat mempunyai anak. Saya dan isteri ada pergi ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Isteri saya juga pergi berurut dan kami menjalani kehidupan lebih sihat dengan menjaga pemakanan.

"Kami tetap positif dan menganggap ini sebagai ujian dari Allah. Ada yang diberikan kesenangan tetapi bukan kebahagian dengan anak tetapi ada juga merasai kegembiraan mempunyai zuriat sendiri namun kurang dari segi kewangan"

Perkongsian Achey mengenai perjalanan hidupnya sebagai anak seni termasuklah isu zuriat menerusi program Di Balik Tawa baru-baru ini, menyentuh hati penonton dan peminatnya.

Kata Achey, dia mendapat maklum balas positif dan ramai menghantar mesej menerusi Instagram untuk memberi kata-kata semangat.

Ini komen Achey tentang isu ini:

"Saya berterima kasih kepada semua peminat dan penonton Di Balik Tawa kerana memberi komen positif dan mendoakan kesejahteraan kami.

"Mungkin usia perkahwinan kami baru tujuh tahun tetapi saya juga merasai apa yang dirasai oleh mereka yang sudah lama menunggu cahaya mata. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan"

Mungkin rezeki Achey dan isterinya lambat sikit. Dengan izinNya, nanti ada la tu.

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon