"Tak Bawa Lara, Nak Bulan Madu" - Awal Ashaari Rancang Misi Tambah Zuriat


Setiap tahun, pasangan suami isteri popular Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan bercuti ke luar negara ketika hujung tahun.

Pasangan ini telah bercuti ke destinasi kegemaran mereka iaitu ke Eropah. Kota yang dilawati mereka berdua ialah London dan juga kota Paris..

Menariknya, percutian kali ini ibarat bulan madu buat Awal Ashaari dan Scha Al Yahya kerana tidak membawa anak kesayangan mereka iaitu Lara Alana.

Awal Ashaari memberitahu, dia mahu menikmati setiap detik indah bersama isteri tercinta selain ingin cuba mendapatkan adik untuk Lara.


Ini komen Awal Ashaari kepada Harian Metro:

"Kali ini memang tidak bawa Lara sebab saya nak luangkan waktu bersama isteri. Pendek kata, nak bulan madu. Lagipun, Lara ada percutian sendiri ke Jepun beberapa hari selepas kami pulang dari Eropah. Jadi, saya tidak mahu dia keletihan.

"Pada masa sama, percutian ke Eropah ini saya dan isteri sudah rancang lama sebelum dapat tawaran bercuti ke Jepun. Jadi, kami tidak berasa ralat meninggalkan anak. Sekurang-kurangnya masih ada waktu bercuti bersama.

"Selain itu, saya dan isteri juga ada perancangan tambah zuriat. Kami hanya mencuba, selebihnya Allah tentukan. Kalau ada rezeki, adalah. Saya tidak boleh kata ia menjadi, kerana ini semua berbalik kepada rezeki. Jadi, doakan saja"

"Saya memang tetapkan percutian ini 10 hari saja. Kalau lebih, nanti jadi terlalu rindu pula dengan Lara. Tempoh ini sudah memadai. Setiap hari kami akan menghubungi Lara secara ‘Facetime’. Malah pembantu juga menghantar gambar Lara setiap hari.

"Cuma, satu perangai Lara dia akan merajuk apabila lebih tiga hari tidak melihat kami. Kalau kami menghubunginya, dia buat-buat tidak mahu bercakap. Dia sudah faham setiap kali kena tinggal"

Berkongsi mengenai percutian itu, Awal berkata dia dan isteri lebih banyak menghabiskan waktu untuk berehat dan mengunjungi tempat makan baru.

Malah, pasangan serasi itu juga sempat berkunjung ke Amsterdam selama dua hari.

Semoga impian pasangan ini untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata tercapai. Mesti gembira Lara dapat adik.

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon