Diana Danielle Bidas Kenyataan Adik Beradik Farid Kamil
Ini update terkini tentang isu melibatkan Farid Kamil yang menampar pihak polis dan disahkan positif mengambil barang terlarang.
Setelah kes ini menjadi viral dan tumpuan ramai, adik beradik Farid Kamil tampil memberi komen.
Yang pertama ialah kenyataan dari adiknya yang juga pelakon iaitu Fadzil Zahari. Fadzil juga merupakan suami kepada Yana Samsuddin.
Kata Fadzil, Farid ada memberitahu dia sudah dua hari tidak bertemu anak-anaknya. Malah Farid Kamil amat merindui anaknya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan isteri Farid iaitu Datin Diana Danielle, Fadzil berkata, pelakon jelita itu tidak dapat dihubungi sejak kes tersebut berlaku malah Diana turut dikatakan tidak hadir ketika prosiding pagi tadi.
Kenyataan Fadzil Zahari
"Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari. Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasaan,"
"Saya rasa pihak Diana pun sudah bersuara kepada media semalam. Diana tidak dapat dihubungi, saya pun tak pasti mengapa dia tidak dapat hadir sedangkan Farid memerlukan sokongan"
Sementara itu seorang lagi adiknya, Anis Anwar turu tampil memebri kenyataan. Anis Anwar berkata, Farid sememangnya sudah lama menanggung tekanan perasaan. Namun, perkara itu tidak diketahui oleh keluarga kerana Farid seorang yang terlalu berahsia.
Kenyataan Anis Anwar
"Tekanan itu sudah lama Farid tanggung. Dia seorang perahsia dan tidak mahu beritahu masalah yang dialami kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan sekarang ia berlanjutan hingga ke tahap ini,"
Apabila adik beradik Farid Kamil membuat kenyataan itu, isterinya, Diana Danielle tampil memberi respon balas.
Kata Diana Danielle, dia langsung tiada masalah dengan Farid Kamil untuk berjumpa anak mereka.
Diana Danielle menafikan dakwaan bahawa Farid kamil tertekan kerana tidak berjumpa anak-anak.
Kenyataan Diana Danielle
"Memandangkan saya perlu keluar bekerja, saya terpaksa tinggalkan anak-anak saya di bawah jagaan ibu saya. Rumah ibu saya hanya satu tingkat bawah unit apartment kami, di bangunan yang sama, Farid boleh saja pergi melawat anak-anak bila-bila masa dia mahu,"
"Farid dikatakan tertekan sebab tak dapat jumpa anak, tidak benar. Kenyataan Fadzil itu tidak betul sama sekali. Suami masih berjumpa anak,"
"Terima kasih kerana memberi saya dan keluarga ruang privasi. Sebarang komen tidak dapat menyelesaikan apa yang sudah terjadi,"
Itulah komen-komen dari ahli keluarga Farid Kamil. Apapun kini diharapkan Farid Kamil dan keluarga kuat untuk hadapi segala dugaan yang melanda.
Sumber: Harian Metro
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon