Ada Apa Antara Erra Fazira Dan Laudya Cynthia Bella? Baca Penjelasan Erra
Ini satu lagi kisah yang amat menarik dan sering diperkatakan orang ramai tentang Erra Fazira.
Ianya tentang keakraban di antara pelakon Erra Fazira dan aktres Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella.
Hubungan mereka berdua ini sering mendapat perhatian daripada peminat kedua-dua selebriti terkenal itu.
Erra Fazira yang kini berumur 44 tahun memberi jawapan kenapa dia dan Bella amat rapat, ada apa antara mereka berdua?
Pelakon filem Sembilu ini berkata, dia ikhlas menjalinkan persahabatan dengan isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran itu dan dia tidak mempunyai sebarang sebab memusuhi wanita itu.
Ini komen Erra Fazira:
"Saya seikhlasnya menjalinkan persahabatan Laudya malah saya tidak pernah rasa kekok apabila bersamanya.
"Dia bukan berasal dari Malaysia dan saya letakkan diri saya ditempatnya. Kalau saya tinggal di Indonesia pun saya juga harapkan orang terima saya dengan baik.
"Saya juga ikhlas menerimanya sebagai ibu kepada Alesya dan perlu menjaga silaturahim demi matlamat menjaga dan mendidik anak kami,"
Itulah komen Erra Fazira tentang huungannya dengan Bella.
Sementara itu, Erra juga menegaskan dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan Engku Emran dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu.
Malah kata Erra, dia bersyukur Engku Emran dipertemukan dengan Laudya Cynthia Bella kerana pelakon Indonesia itu turut menerima anak mereka iaitu Alesya dengan baik.
Ini komennya lagi:
"Saya tiada masalah dengannya malah kami berpisah secara baik.
"Saya sering doakan dia bertemu dengan seseorang yang baik selain dapat menyayangi anak kami seadanya dan Alhamdulillah sekarang sudah ada,"
Baik dan mulia sungguh hati Erra Fazira ini. yang paling penting, anaknya rasa gembira.
Untuk pengetahuan, Erra Fazira dan Engku Emran sebelum ini berkahwin pada 25 Oktober 2007 sebelum mereka bercerai pada 18 Februari 2014.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Alesya yang kini berusia 9 tahun.
Engku Emran kemudiannya berkahwin dengan Laudya dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara pada 8 September tahun lalu.
Sumber: mStar
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon