Kim Jong Un Ajak Dialog Aman. Respon Presiden Korea Selatan Buat Ramai GERAM

Kim Jong Un Ajak Dialog Aman. Respon Presiden Korea Selatan Buat Ramai GERAM | Saya Luv Islam – Ekoran hubungan yang semakin “panas”, Kim Jong Un pun beralah ajak dialog aman dengan Korea Selatan. Tetapi mengejutkan, ini respons Presiden Korea Selatan buat ramai geram. Jom baca dan kongsikan.

KOREA UTARA AJAK KOREA SELATAN BERDIALOG AMAN

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un membuka jalan damai dengan menawarkan dialog kepada Korea Selatan, selepas memberi amaran kepada Amerika Syarikat, bahawa Pyongyang sedia memulakan perang nuklear, jika negaranya diancam.

Jong-un menerusi ucapan tahun baharu yang disiarkan menerusi televisyen, mengisytiharkan negaranya pencinta kedamaian dan pemilik kuasa nuklear yang bertanggungjawab.

Menerusi ucapan itu, Jong-un menyeru supaya mengurangkan ketegangan tentera dan memperbaiki hubungan dengan Korea Selatan.

“Apabila menyentuh hubungan utara-selatan, kita perlu mengurangkan ketegangan tentera di Semenanjung Korea untuk mewujudkan persekitaran aman. Kedua-dua negara perlu berusaha,” katanya.

BAKAL SERTAI SUKAN KOREA SELATAN

Pada masa sama, beliau turut mempertimbangkan untuk menghantar delegasi menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan, bulan depan.

“Penyertaan Korea Utara dalam Sukan Musim Sejuk dilihat sebagai peluang terbaik untuk mempamerkan kebanggaan negara dan kami berharap ia akan berjaya.

“Pegawai dari kedua-dua negara perlu mengadakan pertemuan segera untuk berbincang,” katanya.

Korea Selatan pada masa sama mengalu-alukan tawaran Jong-un, tetapi pakar berpendapat ucapan Jong-un jelas dilihat sebagai usaha untuk memisahkan Seoul daripada sekutu utamanya, Washington.

RESPONS MENGEJUTKAN PRESIDEN KOREA SELATAN

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, berkata usaha menangani ketegangan hubungan dengan Korea Utara perlu dikaitkan dengan penyelesaian program nuklear Pyongyang.

Jae-in berkata demikian, ketika mengulas hasrat Korea Utara untuk mengadakan perbincangan dengan Seoul, tetapi masih tetap dengan pendirian untuk memperluaskan program nuklearnya.

“Usaha untuk memperbaiki hubungan antara Seoul dan Pyongyang tidak boleh dibuat secara berasingan dengan isu menamatkan program nuklear Korea Utara.

“Jadi Kementerian Luar akan bekerjasama rapat dengan sekutu kami serta masyarakat antarabangsa berhubung perkara ini,” kata Jae-in ketika berucap pada mesyuarat Kabinet.

Ucapan Jae-in itu dianggap bercanggah dengan kenyataan Presiden Korea Utara, Kim Jong-un semalam, yang meminta Seoul supaya berhenti meminta bantuan daripada negara luar untuk memperbaiki hubungan antara dua negara terbabit.

“Ini menunjukkan pentadbiran Jae-in melihat keadaan ini secara rasional dan realistik.

“Kenyataan ini membuktikan bahawa menangani isu nuklear Korea Utara adalah lebih penting (daripada memperbaiki hubungan antara dua negara di Semenanjung Korea),” kata Ketua Institut Pengajian Korea Utara di Seoul, Jeong Yeung-tae.

Sebelum ini, ketika berucap sempena sambutan Tahun Baharu, Jong-un berkata, beliau sedia mengadakan dialog dengan Seoul dan kemungkinan atlet dari negara itu untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan, bulan depan.

Sumber: Berita Harian

The post Kim Jong Un Ajak Dialog Aman. Respon Presiden Korea Selatan Buat Ramai GERAM appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :


EmoticonEmoticon