Johan Asaari Tak Redha Dengan Apa Ustaz Buat Kepada Iqram Dinzly
Ini lagi berkisarkan isu Iqram Dinzly yang mana telah dikritik oleh ramai pihak kerena amenggunakan nama panggilan Che mat kepada Nabi Muhammad SAW.
Ekoran isu itu, pelakon Johan As'ari terkilan dengan tindakan seorang penceramah bebas yang secara terbuka menyelar rakan baiknya, Iqram Dinzly berhubung isu memberi gelaran 'Che Mat' kepada Nabi Muhammad SAW dalam program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu.
Johan Asaari telah memberi pendapatnya terhadap ustaz terbabit.
Menerusi Instagram miliknya, Johan memberitahu sebagai rakan baik, dia tidak reda apabila penceramah bebas itu menuduh Iqram hanya berdasarkan fitnah.
Ini komen Johan Asaari:
"Saya ada terbuka Youtube di mana saya ternampak seorang ustaz (yang saya tidak tahu siapa namanya) menuduh sahabat baik saya, Iqram Dinzly di mana beliau percayakan satu fitnah (yang saya tahu datang dari mana datang sumber fitnah itu).
"Saya berharap ustaz terbabit datang berjumpa dengan saya atau saya tak redha ustaz menilai Iqram dengan secara begitu,"
Kemudiannya, menerusi satu caption, Johan sedih melihat cara ustaz itu berfikir dan menggunakan kata yang amat keras.
Kata Johan Iqram Dinzly tidak sengaja berkata demikian secara langsung di kaca televisyen.
Ini tulis Johan Asaari:
"Kata-kata keras Ustaz tersebut telah mendapat puluhan ribu tontonan di youtube yang saya sebagai umat nabi Muhammad S.A.W. berasa amat bersedih hati dengan cara ustaz tersebut berfikir.
"Mufti sendiri beritahu penggunaan istilah "che mat" yang digelar kan kepada baginda Rasulullah S.A.W. adalah satu "dosa besar" malah cara penyampaian mufti cukup lembut dan bersahaja.
"Saya percaya abang saya Iqram Dinzly jelas akan ketidaksengajaan beliau tersasul kata pada siaran langsung Melodi di Tv3 tempoh hari dan telah memohon maaf.
"Saya terkilan akan penyampaian ustaz keras terbabit dan saya mohon ustaz terbabit siapakah gerangan nya marilah bertemu saya dan kita bersilaturrahim. Bukan apa ustaz, saya dah ziarah Iqram, dan saya kenal Iqram Dinzly. Wallahualam.
Itulah komen Johan Asaari tentang hal ini. Apapun semoga hal ini dijadikan ihktbar buat semua.
Jangan sesekali mempermainkan nama Nabi Muhammad kerana nama panggilan seperti Che Mat atau sebagainya memang satu dosa besar, seperti yang disahkan oleh Mufti.
Iqram pun dah sedar akan hal ini dan telahpun meminta maaf.
Sumber: IG Johan Asaari
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon