'Keyboard Warrior' sudah tidak asing lagi dengan kita pada masa kini, mereka adalah golongan yang banyak memberi kesan buat kita, sama ada positif atau negatif, terdapat maklum balas dari golongan ini yang mengkritik dan mempertahankan sesuatu isu yang terjadi, tetapi ianya tidaklah bermaksud mereka salah dalam semua hal, ianya bergantung pada individu untuk mentafsir komen atau kata-kata dari mereka.
Inilah yang terjadi kepada salah seorang penyampai berita, di stesen televisyan swasta iaitu saudara Mohd Izwan Azir Saleh yang telah dihentam oleh individu, yang memuat naik gambar provokasi mengenai penyampai berita tersebut. Dia menyatakan, dengan kata-kata 'Gaji Yang Kamu Terima Setiap Bulan Beri Makan Anak Bini Menjadi Haram dan Akan Dibakar Api Neraka'.
Tetapi, saudara Mohd Izwan Azir, seperti tidak terkecam akan dakwaan tersebut, dan dia melahirkan rasa syukur kepada meraka yang memberi sokongan kepadanya, dengan kata-kata semangat.
Dalam pada itu juga, Izwan Azir masih mampu untuk memaafkan mereka yang membuat dakwaan tersebut, dan katanya tidak berdendam dengan mereka.
Tambahnya lagi, apa yang dikerjakan olehnya adalah dalam nawaitu yang hanya diketahui oleh Allah. Serta, ianya sudah cukup hanya Allah yang mengetahuinya, dan balasan baik atau buruk datang dariNya jua.
Tambahnya lagi, sepatutnya kesalahan tidak dilemparkan kepada pembaca berita, mahu pun editor, atau jurnalis tetapi kepada 'upper hand' yang memberi arahan.
Komen dari netizen juga turut menyangkal akan dakwaan tersebut.
Sumber : Tasikbiruselatan
Sumber :
EmoticonEmoticon