Tergamak Seorang Suami Cekik Isteri Yang Hamil Hingga Mati Hanya Kerana Capati Yang Disediakan Tidak Bulat


Perkara yang tidak akan tercapai dek akal fikiran waras seorang manusia ketika sedang marah . Namun perbuatan sehingga menyebabkan kematian secara sengaja itu tidak boleh dimaafkan . 

Itulah yang terjadi kepada seorang ibu yang sedang hamil apabila die dicekik oleh suami sendiri hanya kerana capati yang disediakan tidak bulat .

Kejadian berlaku pada sabtu lalu sekitar jam 10.30 malam di kediaman mereka yang terletak di Delhi's Jahangirpuri . Pasangan dikatakan bertengkar disebabkan isu capati tidak bulat sebelum suaminya bertindak menendang perut isterinya, Simran yang sedang hamil 4 bulan .

Tidak cukup dengan itu , lelaki itu kemudiaanya mengheret anak perempuannya berusia 4 tahun kerana bertindak ingin menyelamatkan ibunya . Lelaki berkenaan kemudian mencekik isterinya hingga mati sebelum melarikan diri .

Hanya selepas kira-kira jam 4 pagi , mangsa ditemui oleh abangnya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri . Anak perempuannya dijumpai di sebuah bilik dikurung oleh bapanya .

Simran kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia akibat jerutan tali di lehernya . 

Hasil soal siasat polis pada kanak-kanak tersebut ,

" ibu saya pandai masak tapi hanya kerana capati itu tidak berbentuk bulat membuatkan bapa saya marah "

Pasangan itu berkahwin sejak 5 tahun yang lalu dan suaminya bekerja di kilang sejak 2 tahun yang lalu selepas perniagaannya musnah .

Pihak polis kini masih memburu suspek yang berjaya melarikan diri tanpa dapat dikesan .


www.kakishare.my

____________________________________________________

Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon