Ragam berjiran yang kita tidak tahu permasalahan dalaman dan konflik hidup kadang-kadang menjengkelkan . Tidak semua jiran menghormati hak privasi jiran lain bahkan lebih teruk mengganggu ketenteraman awam dan memusnahkan harta jiran sekeliling .
Itulah yang terjadi kepada jiran sekitar Blok 247 di sepanjang Tampines Street 21 apabila seorang wanita Lee Dji Lin berusia 63 yang mana telah didiagnosis dengan gangguan psikiatri dan didapati bersalah mengganggu jirannya dengan membuang babi mentah di pintu depan unitnya.
Lee yang mendapat perintah menjalani rawatan mandatori selama dua tahun itu masih melakukan penganiayaan dan gangguan kepada jiran-jirannya .
Perbuatan Lee ditangkap melalui CCTV ketika sedang membuang potongan daging , dia kemudiannya didakwa di mahkamah dan kemudian terpaksa menjalani perintah rawatan mandatori .
Menurut Yahoo News Singapore baru-baru ini , walaupun sedang menjalani rawatan mandatori , Lee masih tetap mengganggu jiran-jirannya terutama Marliah .
Lee dikatakan menjerit dan dan menyakiti Marliah secara lisan apabila menafikan tentang kematian suami dan anak perempuannya yang sudah meninggal dunia .
Tidak terkecuali , 8 orang jiran berdekatan juga menyatakan Lee akan membuat bising dan berteriak dalam jangka masa yang panjang bahkan sehingga selepas tengah malam .
Seorang jiran berdekatan terpaksa berpindah kerana tidak tahan dengan gangguan Lee yang tidak henti-henti . Lee juga dikatakan pernah melemparkan papan pemotong ke arah rumahnya dan merosakkan barang yang diletakkan di kawasan luar rumah .
Tidak cukup dengan itu , Lee juga dikatakan membuang air kotor dan sampah dihadapan rumah jirannya jika melihat jiran-jiran membuat aduan kepada polis yang datang ke blok berkenaan .
Mereka juga terpaksa memastikan baju di ampaian kering dan tidak terbiar lama kerana dikatakan Lee cenderung membuang air kencing ke luar tingkap dapurnya .
Bulan ini sahaja pihak polis terpaksa datang hampir enam kali untuk mengendalikan Lee apabila dia bertindak memanggil Marliah ' babi dan menyatakan syaitan yang telah memakan suami dan anak perempuannya '
Setelah 10 tahun hampir lamanya , penduduk blok berkenaan menyatakan tiada perubahan meskipun banyak aduan yang dibuat kepada pihak polis, majlis bandar dan Lembaga Pembangunan Perumahan.
sumber : Yahoo News Singapore
www.kakishare.my
__________________________________________________
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon