Lelaki Psiko Santau Gadis Sampai Meninggal Dunia Akibat Dendam Kena 'Reject' Mentah-Mentah


Sudah menjadi kebiasaan dalam mencari pasangan pasti ada yang terluka atau dilukai. Walaupun hancur hati dilukai, kita hendaklah meneruskan kehidupan tanpa ada perasaan dendan. Namun begitu, ada segelintir manusia yang menyimpan dendam apabila cinta ditolak. 

Demi memuaskan hati sanggup pula melakukan perbuatan syirik yang terang-terang menyimpang dari ajaran Islam. Seorang pengguna Twitter @quetabby berkongsi kisah bagaimana seorang rakannya telah disantau oleh seorang lelaki yang menyimpan dendam kerana pinangannya ditolak. 


'Terjadi Selepas Dia Reject Lelaki Tu'

Malam ni aku rasa rajin sikit nak buat thread pasal kisah benar sorang perempuan kena santau sampai mati oleh sorang laki yg takleh move on. Kisah ni aku dapat masa aku praktikal 2 tahun lepas la. 

Mangsa ni kawan kepada akak office aku ni la. Dah arwah dah. Aku guna nama Farhana. sebab tak ingat nama dia. Farhana ni baik, solehah lah orang dia. Tudung labuh . Baik2 lah orangnya . Penuntut universiti di Jordan.

Farhana masa tu dah dalam tahun 3 lah dekat sana. Ada sorang laki ni suka dekat dia. Suka sangat. Tapi tak tahu lah sebab apa Farhana ni. Sebab apa Farhana ni x terima laki tu. Dan dalam tahun tu Farhana bernikah dengan student situ juga. Terjadi lah santau ni sejak laki tu direject.

Dia cakap kot dekat Farhana "AH KALAU AKU TAK DAPAT KAU. TAKKAN ADA SIAPA DAPAT".Laki pyscho ni pun budak uni tu jugak lah. Dia pun mulakan misi menyantau Farhana ni. 

Lepas sehari Farhana nikah, terus esok tu dia sakit. Sakit dia tu pelik lah . Tak tau lah dia dah tahu ke belum dia kena santau. Tapi kulit dia mula terbakar. Lebam dan melepuh.

'Kulit Dia Satu Badan Terbakar'

Sakit dia berlarutan sejak dari dia bernikah sehingga lah dah dekat 7 bulan dia bertahan. Pergi jumpa doktor pun heran tak tau nak cakap. Macam2 lah dia pergi berubat. Perubatan Islam pun dah. 

Lepas tu baru dia tahu siapa yang buat dia macam tu. LAKI GILA tu la kan. Dia slow talk la kot dengan laki yang santau dia mintak stop kan lah tapi jawapan dia dapat " KAU CERAI DULU BARU AKU STOP".

Sampai macam tu lah sekali. Memang tak lah suami dia nak ceraikan. Suami dia pun tangguh kuliah jaga dia. Masa aku pergi melawat arwah Farhana ni. Time tu dia dah kritikal. Time azan je dia sakit. 

Kulit satu badan dah terbakar n macam nak tanggal. Time tu badan dia dibalut laa. Satu muka kesan2 macam terbakar. Allahu sebak tengok. Badan kurus je. Kaki tinggal tulang.

'Berlapang Dada Bila Kena Reject'

Tapi kuatnya dia dengan Tuhan, masih lembut menyambut salam ziarah kami. Akhirnya lepas 5 bulan azab dia. Akak ofis cakap dia dah tak ada. Sebab dah tak dapat menanggung sakit, dia pergi menghadap Allah tahun lepas . AL FATIHAH

Aku tak tahu laki tu guna bomoh apa. Siam ke apa. Tapi sampai meninggal dia buat . Begitulah kalau hati dah penuh syaitan. Tak belajar erti redha dengan Tuhan. Kepada perempuan , tolaklah laki dengan maaf dan cara baik . 

Tak suka bagi tahu terus settle kan. Yg laki, berlapang dada lah kalau ditolak. Semoga Allah rahmati Farhana dan kita semua. Tutup thread. Assalam. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon